Sinar Daily rangkul johan Anugerah Laporan Portal Terbaik PERKESO

KUALA LUMPUR - Sinar Daily dinobat juara Anugerah Laporan Portal Terbaik pada Majlis Anugerah Media PERKESO i Lindung 2026 yang berlangsung pada Rabu menerusi laporan Mohd Ridzuan Abu Hassan.
Kejayaan meraih tempat pertama dalam kategori berkenaan sekali gus mengiktiraf hasil kerja kewartawanan digital yang diketengahkan menerusi laporan khas Lindung 24 Jam.
Pengiktirafan tersebut turut menjadi pencapaian membanggakan buat media bahasa Inggeris itu dalam usaha terus memperkukuh penyampaian berita berkualiti dan berimpak kepada masyarakat.

Pemenang pertama membawa pulang RM5,000, tempat kedua RM2,000 dan ketiga RM1,000, masing-masing turut menerima trofi yang disampaikan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
