Enam pelatih Puspen Jelebu larikan diri, seorang berjaya ditahan semula

JELEBU - Enam pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Jelebu dikesan melarikan diri dari pusat tersebut dalam kejadian pagi Selasa.
Ketua Polis Daerah Jelebu, Superintendan Azizan Said berkata, laporan berhubung kejadian diterima sekitar jam 1 pagi menerusi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu.
Susulan itu katanya, polis melancarkan operasi mengesan dan menangkap kesemua pelatih terlibat dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan serta anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Jelebu.
“Setakat ini, seorang daripada mereka, Mohd Faiz Yassin telah berjaya ditahan semula di kawasan berhampiran kilang rotan Titi Cane, Kongkoi iaitu kira-kira 5 kilometer dari lokasi pusat pemulihan.
"Lima pelatih yang masih diburu ialah P Tinogaran, 37; G Vinaiyetiran,37; V Manimaran,38; S Bala Ganes, 42 dan K Mohanarajh,20,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.
Katanya, siasatan kes dijalankan di bawah Seksyen 223 Kanun Keseksaan kerana kecuaian membiarkan tahanan melarikan diri dan Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada jagaan sah pihak berkuasa.
Orang awam yang mempunyai maklumat diminta menyalurkannya kepada mana-mana balai polis berdekatan atau terus menghubungi IPD Jelebu di talian 06-6136222 atau Bilik Gerakan 06-6137999.
Lima pelatih yang masih diburu.
1. P Tinogaran,37
Alamat: No D13, Jalan Lumut, Apartment Taman Sentosa, 32000 Perak.
2. G Vinaiyetiran,37
Alamat: No 57, Jalan Dian Utama, Taman Munsyi Ibrahim, 81000 Johor.
3. V Manimaran,38
Alamat: No.9, Jalan Selat Ib, Taman Seri Bernam, Hulu Bernam, 35900 Selangor.
4. S Bala Ganes,42
Alamat: K-2-8, Kelompok Camar, Jalan Sultan Samad 40, Bandar Baru Sultan Suleiman, 42000 Selangor.
5. K Mohanarajh, 25
Alamat: No.19, Laluan 21, Taman Bertuah, 31200 Perak.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

