KSN tegur kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang, ambil tindakan selepas laporan penuh diperoleh

Shamsul Azri (duduk, tengah) dan Azam (duduk, tiga dari kiri) dalam Sesi Meja Bulat Bersama Ketua Setiausaha Negara Berhubung Agenda Nasional Tadbir Urus Baik di sebuah hotelk di Sepang pada Khamis.
Shamsul Azri (duduk, tengah) dan Azam (duduk, tiga dari kiri) dalam Sesi Meja Bulat Bersama Ketua Setiausaha Negara Berhubung Agenda Nasional Tadbir Urus Baik di sebuah hotelk di Sepang pada Khamis.
A
A
A

SEPANG – Tindakan akan diambil ke atas kesilapan memaparkan ilustrasi Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Bagaimanapun katanya, perkaran tersebut hanya dilakukan selepas laporan penuh berhubung insiden berkenaan diperoleh.

Beliau berkata, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan (KPM), Datuk Dr Aminuddin Hassim sudah diarahkan supaya menyediakan laporan berkenaan.

Menurutnya, isu seperti itu berlaku disebabkan kegagalan memahami semangat dan makna simbol kebangsaan itu yang sepatutnya dijaga dengan penuh tanggungjawab.

“Semua pihak perlu lebih berhati-hati dalam proses rekaan dan semakan dan menyifatkan insiden rekaan grafik bendera Malaysia yang tidak menepati piawaian baru-baru ini menunjukkan kelemahan dalam kefahaman terhadap semangat bendera itu sendiri.

“Bila nak reka sesuatu seperti ini, ia perlu difahami dengan betul. Semangat Jalur Gemilang itu mesti difahami, bukan sekadar bentuk atau warna. Masalahnya, kita gagal faham semangat itu,” katanya pada sidang media selepas Sesi Meja Bulat Bersama Ketua Setiausaha Negara Berhubung Agenda Nasional Tadbir Urus Baik di di sebuah hotel di sini pada Khamis.

Turut hadir, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki.

Jelasnya, isu tersebut bukan sekadar kesilapan teknikal tetapi melibatkan maruah negara.

Artikel Berkaitan:

“Kita ada bendera sendiri, kenapa perlu guna sumber luar atau bergantung kepada teknologi kecerdasan buatan (AI)?,” tegasnya

Beliau dalam pada itu turut memberi contoh kecuaian seperti jalur pada bendera yang melebar secara tidak tepat, termasuk penggunaan teknologi yang tidak dikawal dengan baik.

“Walaupun menggunakan AI sekali pun, kalau jalur itu makin lebar di tengah-tengah, itu tetap salah,” katanya.

Beliau turut mengingatkan agar semakan menyeluruh perlu dilakukan sebelum sebarang bahan diterbitkan, lebih-lebih lagi untuk edaran awam atau liputan media.

“Apa sahaja yang kita nak keluarkan, terutama untuk tujuan media, mesti disemak betul-betul. Sepatutnya ada proses semakan berganda first checker, second checker. Ini proses yang perlu,” uajrnya.

Beliau turut menyentuh sikap sambil lewa pihak bertanggungjawab yang mengambil ringan proses semakan sehingga berlaku kecuaian.

“Kadang-kadang manusia ini terlalu yakin, sampai terlepas pandang. Ini tak sepatutnya berlaku.

“Sayangi bendera kita, sayangi negara kita. Hargai apa yang kita ada. Jadikan ini satu pengajaran untuk semua,” katanya

Sebelum ini akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily memohon maaf atas kesilapan memaparkan ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap tanpa bulan sabit pada muka hadapan akhbar itu.

Dalam satu kenyataan, akhbar itu berkata perkara berkenaan berlaku disebabkan kesilapan teknikal yang tidak disengajakan.

Terbaharu Kementerian Pendidikan Malaysia memohon maaf atas kesilapan memaparkan ilustrasi Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dalam kenyataan pada Khamis KPM telah memohon maaf dan memaklumkan tindakan tegas akan diambil secara serta-merta ke atas semua yang terlibat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!