Kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang: KPM ambil tindakan tegas serta-merta

Permohonan maaf yang dikeluarkan KPM.
Permohonan maaf yang dikeluarkan KPM.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan tegas dan serta-merta berhubung kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.

Menerusi kenyataan, KPM berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci.

"KPM memohon maaf atas kesilapan ini," katanya pada Khamis.

Menurut kementerian itu, kecuaian berkenaan tidak boleh diterima kerana Jalur Gemilang adalah lambang kebesaran dan kedaulatan negara.

"Laporan analisis yang dicetak telah diminta untuk dikembalikan semula dan pembetulan segera sedang dilakukan," jelas KPM.

Terdahulu kesilapan ilustrasi Jalur Gemilang janaan kecerdasan buatan (AI) dikesan di muka surat 14 dan 15 dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang diedarkan semasa sidang akhbar pada pagi Khamis.

Dokumen itu turut dimuat naik ke laman sesawang jam 10 pagi namun diturunkan selepas KPM menyedari kesilapan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!