Negeri beri amaran batal lesen, senarai hitam peniaga

Ambil tindakan tegas sekiranya peniaga bazar Ramadan memindahkan lesen mereka kepada pihak ketiga. (Foto hiasan) Gambar kecil dari kiri: Mohd Jafni dan Sandrea
Ambil tindakan tegas sekiranya peniaga bazar Ramadan memindahkan lesen mereka kepada pihak ketiga. (Foto hiasan) Gambar kecil dari kiri: Mohd Jafni dan Sandrea
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebanyak 16 pihak berkuasa di Johor akan mengambil tindakan tegas membatalkan lesen perniagaan sekiranya peniaga bazar Ramadan memindahkan lesen mereka kepada pihak ketiga.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, pemeriksaan lebih kerap dan mengejut akan dilakukan pihak berkuasa.

“PBT di negeri ini telah diingatkan mengenai lesen peniaga bazar Ramadan supaya beri keutamaan kepada peniaga tempatan untuk menambah pendapatan.

“Namun jika peniaga ini beri lesen kepada pihak ketiga termasuk warga asing, tindakan batal lesen akan diambil,” ujarnya.

Di IPOH, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas termasuk menyenaraihitamkan pemohon yang dikesan melakukan aktiviti pemindahan lesen.

Menurutnya, meskipun tiada laporan diterima sebelum ini, pihaknya mengalu-alukan sebarang maklumat kepada pihak PBT berkaitan berhubung aktiviti itu.

“Kalau didapati bersalah seperti arahan Perdana Menteri kita akan tamatkan serta-merta dan ikut keadaan, kalau ada keperluan untuk senarai hitamkan pemohon tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita di Pejabat PKR Perak di sini.

Di GEORGE TOWN, jurucakap Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata, pihaknya tidak mempunyai kaitan dengan perbuatan menjual semula lesen bazar Ramadan kepada pihak ketiga kerana urusan tapak bazar diserahkan kepada penganjur antaranya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau jawatankuasa masjid.

“MBPP tiada masalah isu sublet atau pembatalan tapak bazar Ramadan. Ini kerana, kita hanya buka kepada penganjur untuk urus tapak bazar Ramadan.

Artikel Berkaitan:

“Isu penjualan lesen atau permit perniagaan kepada pihak lain, itu antara penjaja dengan penganjur. MBPP tidak masuk campur,” katanya ketika dihubungi.

Di KOTA BHARU, Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) menjelaskan kadar sewa tapak bazar Ramadan tahun ini yang akan berlangsung pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV ditentukan sepenuhnya oleh pemajak.

Ahli Lembaga Pengarah PSK, Zamakhshari Muhamad berkata, pemajak sebelum ini iaitu Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menetapkan kadar sewa RM500 bagi tapak bersaiz 18 kaki persegi tanpa kemudahan elektrik.

Namun ujarnya, di bawah pemajak baharu kadar sewa ditetapkan RM1,650 untuk tapak premium berserta khemah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!