Mohd Hadzmir dilantik KP LLM baharu

Mohd Hadzmir
Mohd Hadzmir
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengumumkan pelantikan Mohd Hadzmir Yusoff sebagai Ketua Pengarah yang baharu, berkuat kuasa pada 11 Februari lepas.

Pelantikan itu susulan persaraan wajib Ketua Pengarah LLM terdahulu, Datuk Sazali Harun.

LLM dalam kenyataan memaklumkan, pelantikan itu bertujuan memastikan kesinambungan kepimpinan dan kelangsungan peranan agensi itu sebagai badan pengawal selia industri lebuh raya bertol negara.

"Ia selaras dengan agenda reformasi perkhidmatan awam dan aspirasi Malaysia Madani.

"LLM turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Sazali atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau sepanjang tempoh perkhidmatan sehingga persaraan," menurutnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengumumkan pelantikan Mohd Hadzmir Yusoff sebagai Ketua Pengarah yang baharu, berkuat kuasa pada 11 Februari lepas
  • Pelantikan itu susulan persaraan wajib Ketua Pengarah LLM terdahulu, Datuk Sazali Harun
  • LLM dalam kenyataan memaklumkan, pelantikan itu bertujuan memastikan kesinambungan kepimpinan dan kelangsungan peranan agensi itu sebagai badan pengawal selia industri lebuh raya bertol negara
  • Ia selaras dengan agenda reformasi perkhidmatan awam dan aspirasi Malaysia Madani
  • LLM turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Sazali atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau sepanjang tempoh perkhidmatan sehingga persaraan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!