Pemajak tentukan kadar sewa tapak Bazar Ramadan Stadium Sultan Muhammad IV

PSK menjelaskan kadar sewa tapak Bazar Ramadan tahun ini yang akan berlangsung di Zon B, Pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV ditentukan sepenuhnya oleh pemajak.
PSK menjelaskan kadar sewa tapak Bazar Ramadan tahun ini yang akan berlangsung di Zon B, Pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV ditentukan sepenuhnya oleh pemajak.
A
A
A

KOTA BHARU - Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) menjelaskan kadar sewa tapak Bazar Ramadan tahun ini yang akan berlangsung di Zon B, Pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV ditentukan sepenuhnya oleh pemajak.

Ia susulan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menarik diri daripada penganjuran Program Pasar Tani Ramadan 2025 di lokasi berkenaan.

Ahli Lembaga Pengarah PSK, Zamakhshari Muhamad berkata, sebelum itu pada 22 Januari lalu pihaknya telah menerima surat daripada FAMA yang memutuskan untuk tidak lagi terlibat dalam penganjuran Program Pasar Tani Ramadan 2025 kerana memberi tumpuan kepada aktiviti lain.

“Susulan itu, PSK memberikan hak penganjuran kepada Tun Event Management yang berhasrat menjadikan bazar lebih dinamik dan menarik dengan penambahbaikan aspek kebersihan dan keceriaan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Menurut beliau, sebelum ini FAMA menetapkan kadar sewa RM500 bagi tapak bersaiz 18 kaki persegi tanpa kemudahan elektrik.

Ujarnya, di bawah pemajak baharu kadar sewa ditetapkan RM1,650 untuik tapak premium dengan khemah bersaiz 100 kaki persegi di lot penjuru, satu plug poin, kipas, lampu, dua helai apron berharga RM1,650.

Zamakhshari memberitahu, bagi tapak biasa yang berukuran khemah saiz 100 kaki persegi berserta satu plug point, kipas, lampu dan helai apron pada kadar RM1,350.

"Harga tersebut tidak termasuk lesen perniagaan daripada Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI). Hanya 160 tapak disediakan.

“Setakat ini, 157 petak jualan yang ditawarkan telah ditempah oleh peniaga tempatan, dengan hanya tiga petak masih berbaki," katanya.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu tular di media sosial berhubung keluhan peniaga yang mengatakan harga tapak bazar Ramadan meningkat daripada RM500 kepada RM1,350.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!