Jualan Gudang Karangkraf 2025: Buku Alfu Sanatin paling laris

Nurul Shahirah menunjukkan karya Alfu Sanatin, Si Bakhil dengan Bunganya dan Jane Cassandra yang dijual sempena Jualan Gudang Karangkraf 2025.
Nurul Shahirah menunjukkan karya Alfu Sanatin, Si Bakhil dengan Bunganya dan Jane Cassandra yang dijual sempena Jualan Gudang Karangkraf 2025.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Buku berjudul berjudul Alfu Sanatin karya penulis, Ibnu Rijal menjadi naskhah paling laris sempena Jualan Gudang Karangkraf 2025.

Eksekutif Pemasaran Grup Buku Karangkraf, Nurul Shahirah Jasman berkata, buku yang mencatat sekitar 10,000 pencetakan sejak penerbitannya pada 2024 juga mendapat sambutan menggalakkan sewaktu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (PBAKL 2024).

“Antara sebab naskhah ini mendapat permintaan mungkin kerana penulisnya giat aktif mempromosikan bukunya.

“Selain itu, meskipun buku ini menceritakan seribu tahun sejarah umat Islam tetapi kandungannya tidak terlalu berat dan sesuai untuk semua pembaca pelbagai lapisan umur,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Pengunjung tidak melepaskan peluang mendapatkan koleksi buku dengan potongan harga di Jualan Gudang Karangkraf 2025.
Pengunjung tidak melepaskan peluang mendapatkan koleksi buku dengan potongan harga di Jualan Gudang Karangkraf 2025.

Bertempat di Kompleks Kumpulan Karangkraf, jualan gudang menjadi program sulung Kumpulan Karangkraf tahun ini sehingga 2 Februari depan bermula jam 9 pagi hingga 7 malam.

Pengunjung bukan sahaja berpeluang mendapat tawaran diskaun harga berpatutan, malah terdapat pelbagai aktiviti menarik disajikan sepanjang program berlangsung.

Ujar Nurul Shahirah, lebih menarik lagi Jualan Gudang Karangkraf 2025 turut menawarkan promosi diskaun 25 peratus bagi naskhah terbitan Karya Bestari.

Artikel Berkaitan:

“Harga asal buku adalah RM32. Dengan tawaran diskaun, naskhah ini hanya dijual pada RM24 sahaja.

“Kepada orang ramai yang masih belum mendapatkan buku ini, saya sarankan supaya membelinya ketika Jualan Gudang Karangkraf 2025,” ujarnya.

Tambahnya, novel bertajuk Jane Cassandra karya Nurul Syahida dan Si Bakhil Dengan Bunganya yang ditulis Liza Nur turut dikategorikan sebagai naskhah paling laris.

“Kedua-dua novel fiksyen ini diterbitkan pada Disember tahun lalu dan ditawarkan dengan diskaun sehingga 25 peratus.

“Penulis novel berkenaan merupakan nama-nama popular dalam penulisan karya sebegini. Jadi untuk peminat novel, mereka memang tertunggu-tunggu untuk membeli dengan harga diskaun,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!