Dividen KWSP tidak boleh disalurkan sepenuhnya ke akaun Fleksibel

Ahmad Zulqarnain (tengah) bercakap ketika sidang media pengumuman kadar dividen KWSP 2025 di Menara KWSP, pada Sabtu.
Turut hadir Ketua Pegawai Pelaburan KWSP, Mohamad Hafiz Kassim (kiri) dan Ketua Pegawai Operasi KWSP, Sazaliza Zainuddin. Foto Bernama
Ahmad Zulqarnain (tengah) bercakap ketika sidang media pengumuman kadar dividen KWSP 2025 di Menara KWSP, pada Sabtu. Turut hadir Ketua Pegawai Pelaburan KWSP, Mohamad Hafiz Kassim (kiri) dan Ketua Pegawai Operasi KWSP, Sazaliza Zainuddin. Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Cadangan supaya dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun kewangan 2025 disalurkan sepenuhnya ke Akaun 3 (Fleksibel) tidak boleh dilaksanakan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, ini kerana perkara tersebut sudah termaktub di bawah peruntukan undang-undang sedia ada.

“Dari segi Akta KWSP yang sedia ada, dividen perlu dikreditkan kepada akaun berkenaan.

“Jadi kalau Simpanan Shariah atau akaun satu atau akaun dua, dividen perlu dikreditkan mengikut Akta KWSP pada akaun terbabit,” katanya ketika Taklimat Prestasi Kewangan KWSP di Menara KWSP, Kwasa Damansara di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai gesaan seorang ahli Parlimen pembangkang berhubung perkara itu bagi meringankan beban pencarum yang terkesan dengan tekanan kos sara hidup.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, langkah itu penting bagi membantu pencarum yang sangat memerlukan wang ketika menjalani ibadah puasa dan membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Mengulas lanjut, Ahmad Zulqarnain berkata, pencarum yang menyimpan dana dalam Akaun Fleksibel atau Akaun 3 tetap layak menerima dividen 6.15 peratus bagi tahun kewangan 2025.

Bagaimanapun katanya, agihan itu dibuat berdasarkan baki sebenar dalam setiap akaun, bukan secara pukal.

“Dividen dikreditkan mengikut baki purata harian dalam Akaun Persaraan (Akaun 1), Akaun Sejahtera (Akaun 2) dan Akaun Fleksibel (Akaun 3), dan bukannya tertumpu kepada satu akaun sahaja.

Artikel Berkaitan:

“Jika pencarum sudah mengeluarkan keseluruhan simpanan dalam Akaun Fleksibel, maka akaun itu tidak akan menerima dividen,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!