Menantu perkosa ibu mentua, cuba sembunyi di siling elak dicekup

Lelaki itu akhirnya berjaya diberkas meskipun cuba bersembunyi. Foto Agensi
Lelaki itu akhirnya berjaya diberkas meskipun cuba bersembunyi. Foto Agensi
A
A
A

JAKARTA - Seorang lelaki berusia 44 tahun ditahan polis selepas disyaki merogol ibu mentuanya yang berusia 49 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di Kabupaten Gowa.

Suspek yang dikenali sebagai SA diberkas Pasukan Khas Bahagian Siasatan Jenayah Polis Gowa pada Rabu malam di Jalan Barua, Kelurahan Parangbanoa, Kecamatan Pallangga.

Ketika cuba ditahan, suspek dilaporkan memanjat bahagian atas rumah dan bersembunyi di atas siling bagi mengelak daripada dicekup.

Pemangku Ketua Siasatan Jenayah Polis Gowa, Iptu Arman berkata, anggota polis berjaya menahan suspek selepas tindakan pantas di lokasi kejadian.

Menurut siasatan awal, kejadian berlaku ketika mangsa sedang tidur di dalam bilik.

Suspek dipercayai masuk ke rumah dan memaksa mangsa melakukan hubungan seksual tanpa kerelaan.

Mangsa dilaporkan mengalami lebam pada bahagian tangan serta trauma emosi akibat kejadian itu sebelum membuat laporan polis.

Siasatan lanjut mendapati suspek merupakan bekas banduan kes penganiayaan pada 2005 dan pernah dipenjarakan sebelum dibebaskan pada 2007.

Kes disiasat mengikut peruntukan Kanun Keseksaan Indonesia berkaitan kesalahan rogol. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki berusia 44 tahun ditahan polis kerana disyaki merogol ibu mentuanya yang berusia 49 tahun di Kabupaten Gowa
  • Suspek dikenali sebagai SA ditangkap di Jalan Barua, Kelurahan Parangbanoa, setelah cuba bersembunyi di atas siling rumah
  • Kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang tidur di dalam biliknya
  • Mangsa mengalami lebam pada tangan dan trauma emosi, kemudian membuat laporan polis
  • Suspek sebelum ini merupakan bekas banduan kes penganiayaan pada tahun 2005 dan telah dibebaskan pada 2007

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!