Tiga anak Tun Daim berada di luar negara - KP Imigresen

Laporan Sinar Harian mengenai SPRM kesan empat anak Daim Zainuddin untuk bantu siasatan. Gambar kecil: Zakaria
Laporan Sinar Harian mengenai SPRM kesan empat anak Daim Zainuddin untuk bantu siasatan. Gambar kecil: Zakaria
A
A
A

SHAH ALAM - Tiga daripada empat anak bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin yang sedang dikesan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berada di luar negara.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, berdasarkan rekod, ketiga-tiga mereka dikesan keluar dari Malaysia pada hujung Januari dan awal bulan ini.

"Ya, saya sahkan mereka sudah pun keluar dari Malaysia kecuali seorang yang buat masa ini tiada rekod pergerakan keluar dari negara.

"Lokasi keberadaan mereka tidak dapat didedahkan memandangkan siasatan dijalankan oleh SPRM,“ katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan menyalurkan maklumat diperlukan oleh SPRM berdasarkan rekod jabatan.

Pada Jumaat, dalam satu kenyataan SPRM memaklumkan sedang mengesan empat anak Daim bagi membantu siasatan di bawah Akta SPRM 2009.

Mereka ialah Asnida yang mempunyai alamat terakhir di No 6, Lot 545, Lorong Pelangi Pagi D, Country Heights, Kajang serta Md Wira Dani dengan alamat terakhir di No 333, Jalan Kolam Air, Taman Melawati, Ulu Klang, Kuala Lumpur.

Dua lagi individu ialah Muhammed Amir Zainuddin dan Muhammed Amin Zainuddin yang mempunyai alamat terakhir di mempunyai alamat terakhir di No 6, Persiaran Bukit Tunku, Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Tiga daripada empat anak bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin sedang dikesan oleh SPRM berada di luar negara
  • Ketiga-tiga mereka keluar dari Malaysia pada hujung Januari dan awal bulan ini
  • Seorang daripadanya tiada rekod pergerakan keluar dari negara
  • Lokasi keberadaan mereka dirahsiakan oleh imigresen kerana siasatan SPRM
  • SPRM mengesan empat anak Daim untuk membantu siasatan di bawah Akta SPRM 2009

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!