Buku kanak-kanak serendah RM2 ditawarkan di Jualan Gudang Karangkraf

Farah (kiri) bersama tiga anak dan kakaknya di Jualan Gudang Karangkraf 2025.
Farah (kiri) bersama tiga anak dan kakaknya di Jualan Gudang Karangkraf 2025.
A
A
A

SHAH ALAM - Buku kanak-kanak serendah RM2 dan pelbagai pilihan menjadi daya tarikan ibu bapa berkunjung ke Jualan Gudang Karangkraf 2025.

Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Haji Hassan Yunos, Johor, Farah Lamun @ Jailani, 43, berkata, kebanyakan buku dijual selari dengan pengisian kanak-kanak mengikut usia.

"Saya teruja apabila melihat banyak pilihan buku kanak-kanak ini, seronok anak-anak memilih. Harga pun berbaloi dan sangat berpatutan.

Koleksi buku kanak-kanak yang dijual sempena Jualan Gudang Karangkraf 2025.
Koleksi buku kanak-kanak yang dijual sempena Jualan Gudang Karangkraf 2025.

"Saya datang ke Selangor bercuti rumah kakak, sambil menyelam minum airlah kan. Saya juga dapat membeli al-Quran, buku komik dan sebagainya dengan harga menarik. Siapa tidak rebut peluang ini rugi," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Jualan gudang menjadi program sulung Kumpulan Karangkraf bagi tahun 2025 dan kembali menemui penggemar buku bermula 24 Januari hingga 2 Februari depan bermula jam 9 pagi hingga 7 malam.

Koleksi buku kanak-kanak yang dijual sempena Jualan Gudang Karangkraf 2025.
Koleksi buku kanak-kanak yang dijual sempena Jualan Gudang Karangkraf 2025.

Bertempat di Kompleks Kumpulan Karangkraf, pengunjung bukan sahaja berpeluang mendapat tawaran diskaun harga berpatutan malah terdapat pelbagai aktiviti menarik disajikan sepanjang program berlangsung.

Artikel Berkaitan:

Jualan gudang berkenaan adalah acara tahunan sejak 2015 dan diadakan tiga kali setahun sejak beberapa tahun lalu.

Orang ramai mengambil peluang mendapatkan pelbagai tawaran menarik di Jualan Gudang Karangkraf 2025 yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf bermula 24 Januari sehingga 2 Februari. - Foto Sinar Harian/MOHD HALIM ABDUL WAHID

Dalam pada itu, Farah berharap Karangkraf terus mengadakan jualan seumpama itu dengan lebih kerap kerana ia dapat membantu orang ramai mendapat bahan bacaan dengan harga berpatutan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!