Sebanyak 21 'blackspot' dikenal pasti di Terengganu

Mohd Khairi (kanan) beramah mesra dengan seorang penunggang motosikal ketika Kempen Keselamatan Jalan Raya Tahun Baru Cina 2025 Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Shah Bandar, Kuala Terengganu pada Ahad.

A
A
A

KUALA TERENGGANU - Polis mengenal pasti 21 kawasan 'blackspot' (kawasan sering berlaku kemalangan) di Terengganu pada musim perayaan Tahun Baharu Cina.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, susulan itu lebih 400 anggota polis akan bertugas melakukan rondaan serta ditempatkan secara statik di lokasi berkenaan sempena Op Selamat Ke-23 yang bermula pada Selasa ini.

Menurutnya, pasukan berkenaan akan bertugas selama 24 jam secara syif dalam memantau, melancarkan perjalanan trafik serta membantu orang ramai yang memerlukan.

Mohd Khairi (dua dari kanan) memperkemaskan pemakaian topi keledar seorang penunggang motosikal ketika Kempen Keselamatan Jalan Raya Tahun Baru Cina 2025 Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Shah Bandar

"Lokasi 'blackspot' itu termasuk lima di Besut; Marang (empat); Hulu Terengganu (tiga); Kemaman (dua); Dungun (dua); Kuala Terengganu (dua); Setiu (dua lokasi) dan Kuala Nerus (satu lokasi).

"Selain itu, polis juga mengenal pasti 34 lokasi yang kerap berlaku kesesakan kerana pertambahan kenderaan keluar masuk ketika musim perayaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika Kempen Keselamatan Jalan Raya Tahun Baharu Cina 2025 Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Shah Bandar di sini pada Ahad.

Turut hadir, Exco Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu Maliaman Kassim dan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Zamri Samion.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Mohd Khairi memaklumkan sebanyak 188 kes kemalangan direkodkan sepanjang Op Selamat 20 berbanding 205 kes pada Op Selamat 19.

"Namun jumlah saman yang dikeluarkan sepanjang Op Selamat 21 meningkat lebih 98 peratus iaitu 13,405 keping berbanding 4,531 keping sepanjang Op Selamat 19.

"Jadi saya menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan selain kita akan meningkatkan penguatkuasaan dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan termasuk kemalangan maut," jelas beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!