Jaminan bank RM250,000 tak cukup tampung kos rugi bakal jemaah - Papuh

Jumlah jaminan bank RM250,000 mungkin tidak mencukupi bagi menampung kos bakal jemaah sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Foto kecil: Razali
Jumlah jaminan bank RM250,000 mungkin tidak mencukupi bagi menampung kos bakal jemaah sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Foto kecil: Razali
A
A
A

SHAH ALAM - Jumlah Jaminan bank sebanyak RM250,000 sebagai syarat atau undang-undang kepada syarikat pengendali umrah dianggap sebagai tidak mencukupi untuk memastikan semua pelanggan menerima bayaran balik jika berlaku sebarang kecemasan.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (Papuh), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, mengambil contoh situasi 500 jemaah yang mengambil pakej berharga RM5,000 ditipu, jumlah berkenaan tidak mencukupi bagi tujuan pemulangan semula wang pelanggan.

“Jika keseluruhan berjumlah RM2.5 juta, jaminan bank RM250,000 ini tidak boleh menanggung kos tersebut.

“Bagaimanapun, keputusan kerajaan untuk mewajibkan setiap syarikat pengendali umrah mempunyai jaminan bank sebanyak RM250,000 adalah langkah tepat kerana lesen perniagaan melibatkan perkhidmatan pelancongan perlu ada jaminan bank,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Pada Sabtu Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam satu kenyataan memaklumkan, sedang mengkaji pelaksanaan undang-undang untuk mewajibkan syarikat pengendali umrah mempunyai jaminan bank sekurang-kurangnya RM250,000.

Pelaksanaan itu dibuat sebagai penambahbaikan syarat lesen perniagaan serta memastikan perkhidmatan berkualiti dan kebajikan jemaah sentiasa terpelihara jika berlakunya sebarang penipuan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!