Malaysia tidak guna ubat HIV rawat pesakit koronavirus

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak menggunakan sebarang ubat HIV bagi merawat empat pesakit koronavirus warga China yang sedang menerima rawatan di hospital negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, penggunaan ubat tersebut perlu disahkan keberkesanannya terlebih dahulu.

"Perlu disahkan kerana kita tahu vaksin sedang diproses dan mengambil masa beberapa bulan.

"Kita tidak menggunakannya (ubat HIV)," katanya.

Menurutnya, kesemua pesakit koronavirus berada dalam keadaan stabil.

ARTIKEL BERKAITAN: Koronavirus: China guna ubat rawat virus HIV

"Rawatan dilakukan dan mereka stabil," katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas dan taklimat bersama Menteri Pelancongan Seni dan Kebudayaan Datuk Mohamaddin Ketapi di sini hari ini.

Sebelum ini, China China dilapor menggunakan ubat HIV Lopinavir/Ritonavir (LPV/r) untuk merawat pesakit di negara itu.

Mengulas mengenai perkembangan terkini wabak itu, Dr Dzulkefly berkata, tiga kes terbaharu disyaki mengalami simptom koronavirus direkodkan dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi.

Artikel Berkaitan:

"Kesemuanya adalah warga China dan dikuarantin di Hospital Bintulu serta Hospital Langkawi sementara menunggu keputusan ujian makmal," katanya.

Menurutnya, lima kes disyaki koronavirus seperti dilapor semalam disahkan negatif. "Sebelum ini mereka dikuarantinkan di Hospital Bintulu, Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Langkawi," katanya.