Gunung Marapi kembali meletus

Letusan abu yang berwarna kelabu tersebut terbang ke arah barat laut dan dengungan dari letusan itu dapat didengar sejauh Pos Pemerhatian Gunung Marapi di Bukit tinggi.
Letusan abu yang berwarna kelabu tersebut terbang ke arah barat laut dan dengungan dari letusan itu dapat didengar sejauh Pos Pemerhatian Gunung Marapi di Bukit tinggi.
A
A
A

JAKARTA - Gunung Marapi di Sumatera Barat meletus pada Khamis, 1.04 tengah hari Waktu Indonesia Barat, memuntahkan abu mencecah sehingga 2,000 meter dari kawah gunung, menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB).

Jurucakap BNPB, Abdul Muhari berkata, letusan abu yang berwarna kelabu tersebut terbang ke arah barat laut dan dengungan dari letusan itu dapat didengar sejauh Pos Pemerhatian Gunung Marapi di Bukit tinggi.

"Gunung berapi itu yang kini berada pada Status Tahap III (Berjaga-jaga) merekodkan aktiviti seismik dengan amplitud maksimum 30.4 milimeter yang berlangsung selama kira-kira dua minit dua saat," katanya dalam kenyataan.

Penduduk dalam radius 4.5 kilometer dari Gunung Marapi dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, mengelakkan daripada melakukan aktiviti berdekatan dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi kemungkinan berlaku aliran lahar ketika hujan termasuk memakai pelitup muka bagi melindungi diri daripada abu vulkanik.

Abdul Muhari juga menekankan pentingnya menjaga suasana positif dalam komuniti, mengelakkan maklumat yang salah dan mematuhi arahan daripada pihak berkuasa tempatan.

Gunung Marapi, gunung berapi setinggi 2,891 meter, meletus pada Disember 2023, mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 23 orang dan lebih 50 pendaki berjaya diselamatkan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!