Bursa Malaysia tinggi sedikit pada tengah hari

Setakat pukul 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.27 mata kepada1,513.63 daripada 1,512.36 semasa ditutup pada Khamis.
Setakat pukul 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.27 mata kepada1,513.63 daripada 1,512.36 semasa ditutup pada Khamis.
A
A
A

BURSA Malaysia tinggi sedikit semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini dalam urus niaga lengang menjelang cuti hujung minggu yang panjang sempena Tahun Baharu Cina.

Setakat pukul 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.27 mata kepada1,513.63 daripada 1,512.36 semasa ditutup pada Khamis.

Indeks barometer, yang dibuka 1.46 mata lebih tinggi pada 1,513.82, bergerak antara 1,509.56 dan 1,514.72 sepanjang sesi.

Suasana pasaran positif dengan saham untung mengatasi rugi pada 398 berbanding 347, manakala 393 kaunter tidak berubah, 1,149 tidak diniagakan manakala 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.29 bilion unit bernilai RM620.10 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata, belian asing kekal jelas dan percaya bursa tempatan disokong dengan baik pada paras semasa.

"Hari ini, kami menjangka indeks akan berada dalam julat 1,510-1,520. Sementara itu, harga minyak mentah naik berikutan konflik Gaza meruncing dengan minyak mentah Brent diniagakan hampir US$82 setong pada masa ini,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, CelcomDigi menambah 2.0 sen kepada RM4.24, Tenaga Nasional dan Press Metal, masing-masing tidak berubah pada RM10.78 dan RM4.62 manakala Maybank, IHH Healthcare dan Petronas Chemicals, masing-masing merosot 1.0 sen kepada RM9.25, RM6.12 dan RM6.70.

Artikel Berkaitan:

Bagi saham aktif, Dataprep naik 1.5 sen kepada 14.5 sen, HE Group meningkat 1.0 sen kepada 40 sen, Perdana Petroleum menambah 1.5 sen kepada 27 sen, Widad dan TWL, masing-masing tidak berubah pada 12.5 sen dan 4.0 sen manakala Reneuco susut 1.5 sen kepada 5.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 13.82 mata kepada 11,247.75 dan Indeks FBMT 100 meningkat 11.97 mata kepada 10,909.45.

Indeks FBM ACE menambah 10.25 mata kepada 4,782.06, Indeks FBM Emas Shariah naik 21.59 mata kepada 11,287.42 dan Indeks FBM 70 meningkat 28.38 mata kepada 15,197.61.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan naik 3.78 mata kepada 7,201.69 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 38.12 mata kepada 16,878.77.

Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.07 mata kepada 172.16, Indeks Hartanah menambah 4.02 mata kepada 909.12 dan Indeks Tenaga naik 8.24 mata kepada 888.94. - Bernama