Selesai segera masalah ban pecah, sampah elak banjir termenung

Keadaan kebun penduduk dilanda banjir termenung akibat ban pecah dan lambakan sampah di Jambatan Bukit Mayong di sini hingga ke tepi laluan WCE Ijok. (Gambar kecil: Jefri)
Keadaan kebun penduduk dilanda banjir termenung akibat ban pecah dan lambakan sampah di Jambatan Bukit Mayong di sini hingga ke tepi laluan WCE Ijok. (Gambar kecil: Jefri)
A
A
A

KUALA SELANGOR - Kerajaan negeri dan Persekutuan digesa mencari jalan penyelesaian segera menangani isu ban pecah dan lambakan sampah di Jambatan Bukit Mayong, di sini hingga ke tepi laluan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) Ijok.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok, Jefri Mejan berkata, kejadian ban pecah yang masih belum dibaiki pulih menyebabkan air memasuki kebun penduduk.

Menurut beliau, keadaan itu menyebabkan sebahagian besar kawasan rendah mengalami 'banjir termenung' sekali gus menjejaskan pendapatan penduduk yang kebanyakannya bergantung kepada sumber pendapatan kelapa sawit.

"Hasil buah sawit tidak dapat dikeluarkan dan ada pokok sawit mati akibat terendam (lama dalam) air banjir," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Jefri memberitahu, hasil pemantauan pihaknya juga mendapati terdapat pembuangan sampah ke dalam sungai oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya, keadaan itu menyebabkan aliran air tersekat dan menjadi punca kejadian banjir di kawasan terbabit.

Beliau memberitahu, pembuangan sampah menyebabkan air tidak dapat mengalir dengan sempurna selain berlakunya pencemaran sungai.

"Penduduk kecewa dan rata-rata ditemui mengakui tidak menolak pembangunan, tetapi mahu kerajaan membina saliran yang lebih sistematik serta meningkatkan penguatkuasaan," jelas beliau.

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu, katanya, pihak berkuasa diminta melakukan pemantauan dan menyelesaikan perkara itu segera demi kepentingan penduduk.

"Saya juga bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah ini," tambah beliau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!