Dua anggota JPJ ditahan bersama 13 botol air ketum

Muhamad Zaki (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian daripada barangan rampasan menerusi Operasi Tapis Bersepadu dan Tapis Khas yang diadakan bermula 1 Mac lalu hingga Isnin.
Muhamad Zaki (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian daripada barangan rampasan menerusi Operasi Tapis Bersepadu dan Tapis Khas yang diadakan bermula 1 Mac lalu hingga Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - Dua anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditahan bersama air ketum dalam Operasi Tapis Bersepadu dan Tapis Khas yang diadakan bermula 1 Mac lalu hingga Isnin.

Kedua-dua anggota terbabit yang berusia 24 dan 28 tahun ditahan pada jam 9 malam, Ahad di sebuah rumah kediaman perumahan di Tanah Puteh, Jalan Kuala Lipis, Gua Musang.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, hasil serbuan yang dilakukan pihaknya telah merampas 13 botol plastik berisi cecair keperangan disyaki air ketum anggaran berat 18.25 liter.

Muhamad Zaki (dua dari kanan) semasa sidang media di IPK Kelantan di Kota Bharu pada Selasa.
Muhamad Zaki (dua dari kanan) semasa sidang media di IPK Kelantan di Kota Bharu pada Selasa.

"Ujian saringan air kencing terhadap dua anggota itu negatif dan mereka tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

"Kes disiasat bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan direman tiga hari bermula Isnin hingga Rabu untuk siasatan lanjut," katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, pada Selasa.

Muhamad Zaki berkata, dua lagi penjawat awam turut ditahan sepanjang operasi tersebut.

Katanya, seorang pegawai penjara telah ditahan di Machang pada 2 Mac lalu sekitar jam 1.30 pagi selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Artikel Berkaitan:

Muhamad Zaki (dua dari kanan) memeriksa dadah yang dirampas.
Muhamad Zaki (dua dari kanan) memeriksa dadah yang dirampas.

"Suspek yang berusia 49 tahun mempunyai dua rekod kesalahan lampau berkait dadah.

"Kes disiasat bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Beliau berkata, pada 5 Mac lalu kira-kira jam 6.15 petang, seorang pembantu perawatan kesihatan telah ditahan di Gaung, Pasir Mas juga kerana didapati positif methamphetamine.

"Suspek yang berusia 46 tahun itu mempunyai satu rekod kesalahan lampau melibatkan dadah dan kes disiasat bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28