[VIDEO] Amirul Shafiq didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati

A
A
A

ALOR SETAR – Seorang pekerja kilang berdepan pertuduhan membunuh ibu kandungnya yang juga seorang eksekutif bank pada awal bulan ini.

Tertuduh, Amirul Shafiq Shamshul Zahari, 29, yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Eliana Ismail.

Seorang pekerja kilang berdepan pertuduhan membunuh ibu kandungnya yang juga seorang eksekutif bank pada awal bulan ini.
Seorang pekerja kilang berdepan pertuduhan membunuh ibu kandungnya yang juga seorang eksekutif bank pada awal bulan ini.

Walaubagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan pertuduhan, Amirul Shafiq didakwa membunuh Zahrullail Basir, 52, di sebuah rumah di Taman Sultan Abdul Halim, antara jam 3.15 pagi hingga 8 pagi pada 2 Februari lalu.

Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali jika tidak dijatuhkan hukuman mati.

 Amirul Shafiq didakwa membunuh Zahrullail Basir, 52, di sebuah rumah di Taman Sultan Abdul Halim, antara jam 3.15 pagi hingga 8 pagi pada 2 Februari lalu.
Amirul Shafiq didakwa membunuh Zahrullail Basir, 52, di sebuah rumah di Taman Sultan Abdul Halim, antara jam 3.15 pagi hingga 8 pagi pada 2 Februari lalu.

Artikel Berkaitan:

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Fatin Azera Norhisham manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 11 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan bedah siasat dan forensik.

Sebelum ini, media melaporkan polis menerima panggilan daripada anak lelaki mangsa pada jam 8.45 pagi memaklumkan pembunuhan tersebut pada 2 Februari lalu.

Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Setar pada Rabu.
Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Setar pada Rabu.

Suspek kemudiannya diberkas kurang 24 jam selepas kejadian iaitu pada jam 8.34 malam ketika menaiki sebuah bas persiaran di Kilometer 441.5 arah selatan Lebuh Raya Utara-Selatan menuju ke Selangor.

Penahanan dilakukan hasil operasi Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kedah dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar.

Ringkasan AI

  • Seorang pekerja kilang dituduh membunuh ibu kandungnya di Alor Setar Amirul Shafiq Shamshul Zahari dihadapkan ke Mahkamah Majistret tanpa pengakuan kerana kes di bawah Mahkamah Tinggi Dituduh membunuh ibunya antara jam 3.15 pagi hingga 8 pagi pada 2 Februari Dakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun dan sebatan Mahkamah menetapkan 11 Mei untuk sebutan semula kes, menanti laporan bedah siasat dan forensik

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!