Wanita dipercayai beri tiga anak minum methadone ditahan

Laporan Sinar Harian pada Rabu.
Laporan Sinar Harian pada Rabu.
A
A
A

KAJANG – Wanita yang dipercayai memberi tiga anaknya minum cecair berbahaya jenis methadone sehingga mengakibatkan seorang daripadanya maut, ditahan pada Rabu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, wanita terbabit telah ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut.

“Penahanan suspek bagi siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut,” katanya pada Rabu.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun maut, manakala dua lagi adiknya berusia sembilan dan lima tahun kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas dipercayai diberi minum cecair berbahaya jenis methadone di sebuah rumah di Sungai Ramal.

Kejadian itu dipercayai terbongkar selepas ketiga-tiga kanak-kanak terbabit dihantar ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Difahamkan, polis menerima maklumat berhubung kejadian tersebut pada jam 9.01 pagi hasil laporan pegawai perubatan Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (HTPN).

Pihak hospital sebelum itu menerima tiga pesakit kanak-kanak lelaki pada jam 7.50 pagi dalam keadaan tidak sedarkan diri untuk rawatan kecemasan.

Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun itu disahkan meninggal dunia, manakala seorang adiknya berusia lima tahun kini ditempatkan di ICU dan seorang lagi menerima rawatan di Zon Merah, Unit Kecemasan.

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Wanita didakwa beri minum tiga anak cecair berbahaya jenis methadone
  • Wanita itu ditahan pada Rabu untuk siasatan
  • Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun maut
  • Dua lagi adik berusia sembilan dan lima tahun dirawat di ICU
  • Kejadian terbongkar selepas ketiga-tiga kanak-kanak dihantar ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!