Wanita sarat mengandung maut kemalangan

Seorang wanita mengandung maut selepas kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 19.2 Lebuh Raya Pasir Gudang, Johor Bahru pada Ahad
Seorang wanita mengandung maut selepas kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 19.2 Lebuh Raya Pasir Gudang, Johor Bahru pada Ahad
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang wanita mengandung sembilan bulan maut selepas kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 19.2 Lebuh Raya Pasir Gudang di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, dalam kejadian pada jam 12.40 malam Isnin, bayi berkenaan bagaimanapun terselamat dan masih menerima rawatan di wad penjagaan intensif untuk bayi (NICU) di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

"Kejadian berlaku apabila mangsa yang merupakan penumpang kereta jenis Honda Civic datang dari arah Tebrau menghala ke Pasir Gudang dipercayai hilang kawalan dan merempuh kotak panel elektrik di pembahagi jalan.

"Akibat kemalangan itu, wanita berkenaan yang mengandung sembilan bulan berusia 28 tahun cedera dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HSI," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, pemandunya yang merupakan seorang wanita warga tempatan berusia 30 tahun hanya mengalami kecederaan ringan dan dirawat di HSI.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.

"Polis menasihati orang ramai sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelak sebarang kejadian," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurut Sohaimi, pihaknya mengetahui kejadian tersebut selepas mengesan sebuah paparan dimuat naik dalam Facebook akaun Puven Rajandran yang menerima 534 perkongsian.

Menerusi perkongsian dalam Facebook berkenaan, kenalan mangsa khuatir kejadian itu berpunca daripada keadaan laluan yang tidak selamat termasuk berlubang dan licin.

Menurutnya, dia masih terkilan dengan kehilangan mendiang wanita tersebut yang maut akibat kemalangan jalan raya manakala bayi wanita itu masih bertarung nyawa.

Malah lelaki berkenaan juga menggesa pihak berkaitan untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan kejadian berulang.