Wanita hamil tujuh bulan maut dihentak suami guna lesung batu

Pasukan forensik melakukan siasatan di lokasi kejadian di Kampung Makan Kota Tinggi.
Pasukan forensik melakukan siasatan di lokasi kejadian di Kampung Makan Kota Tinggi.
A
A
A

KOTA TINGGI - Seorang wanita hamil tujuh bulan maut dipercayai dibunuh suaminya menggunakan lesung batu di rumah sewa mereka di Kampung Makam di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, maklumat berhubung kejadian tragis itu diterima pada jam 7 pagi.

Anggota forensik mengambil objek yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan.
Anggota forensik mengambil objek yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan.

"Suspek berusia 35 tahun ditahan di sekitar lokasi kejadian pada jam 7.30 pagi. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 3 pagi.

"Mangsa berusia 34 tahun dan suaminya merupakan etnik Rohingya," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Rumah sewa yang diduduki mangsa dan suaminya di Kampung Makam.
Rumah sewa yang diduduki mangsa dan suaminya di Kampung Makam.

Beliau berkata, mangsa ditemui meninggal dunia dalam bilik sebuah rumah sewa di tingkat dua dan dipercayai mengalami kecederaan parah di bahagian kepala selepas dihentak menggunakan objek tumpul yang disyaki lesung batu.

Artikel Berkaitan:

Yusof berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ringkasan AI

  • Wanita hamil tujuh bulan maut dibunuh suaminya di Kota Tinggi
  • Kejadian tragis itu terjadi di rumah sewa di Kampung Makam
  • Suspek berusia 35 tahun ditahan tidak lama selepas kejadian
  • Mangsa dan suami merupakan etnik Rohingya
  • Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala, disyaki dibunuh dengan lesung batu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!