Lelaki bunuh isteri hamil guna lesung batu direman enam hari

KOTA TINGGI - Suspek lelaki etnik Rohingya yang membunuh isterinya dengan kejam menggunakan lesung batu di rumah sewa mereka di Kampung Makam pada pagi Jumaat, ditahan reman selama enam hari.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurkhalida Farhana Abu Bakar di Mahkamah Majistret di sini pada Sabtu bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Lelaki berusia 35 tahun yang mengenakan pakaian lokap kelihatan tenang ketika tiba di mahkamah pada jam 10.10 pagi dengan diiringi anggota polis.
Pada Jumaat, seorang wanita hamil tujuh bulan maut dipercayai dibunuh suaminya menggunakan lesung batu di rumah sewa mereka di Kampung Makam.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, maklumat berhubung kejadian tragis itu diterima pada jam 7 pagi.
Jelasnya, suspek berusia 35 tahun ditahan di sekitar lokasi kejadian pada jam 7.30 pagi dan siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 3 pagi.
Ringkasan AI
- Suspek lelaki etnik Rohingya ditahan reman enam hari atas tuduhan membunuh isteri dengan lesung batu
- Majistret Nurkhalida Farhana Abu Bakar mengeluarkan perintah reman untuk siasatan lanjut
- Lelaki 35 tahun kelihatan tenang ketika tiba di mahkamah
- Seorang wanita hamil tujuh bulan maut dipercayai dibunuh suaminya
- Suspek ditahan di sekitar lokasi kejadian, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 3 pagi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

