Warga emas lintas jalan ke surau maut dirempuh motosikal

KUALA TERENGGANU – Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan ke surau maut selepas dilanggar sebuah motosikal ketika melintas jalan di Jalan Merbau Patah di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, mangsa, Minah Abu Bakar, 73, yang tidak bekerja, mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurutnya, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 7.32 pagi.
"Siasatan awal mendapati motosikal jenis Yamaha FZ150I yang ditunggang lelaki berusia 22 tahun itu dalam perjalanan dari rumahnya di Alur Limbat menghala ke Batu Enam untuk mengambil pesanan makanan.
"Apabila tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai melintas dari arah kanan motosikal untuk ke Surau Haji Ahmad yang terletak di sebelah kiri laluan," katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.
Sementara itu, katanya, penunggang motosikal berkenaan mengalami kecederaan dan kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.
Ringkasan AI
- Wanita warga emas maut dilanggar motosikal ketika melintas jalan di Kuala Terengganu
- Mangsa, Minah Abu Bakar, berumur 73 tahun dan meninggal dunia di tempat kejadian
- Kejadian berlaku pada jam 7.32 pagi di Jalan Merbau Patah
- Motosikal Yamaha FZ150I ditunggang lelaki berusia 22 tahun
- Penunggang motosikal mendapat rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
