PKU infak 2,000 sejadah di surau lebuh raya PLUS

Mohamad Wadi Annuar (dua dari kanan) menyerahkan sejadah simbolik Program Infak Sejadah kepada Mohd Kasim (dua dari kiri) di Hentian Rehat dan Rawat Bukit Gantang, Taiping. - Foto ihsan PKU
Mohamad Wadi Annuar (dua dari kanan) menyerahkan sejadah simbolik Program Infak Sejadah kepada Mohd Kasim (dua dari kiri) di Hentian Rehat dan Rawat Bukit Gantang, Taiping. - Foto ihsan PKU
A
A
A

TAIPING - Sebanyak 2,000 sejadah akan diserahkan ke 284 surau di sepanjang Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) menerusi Program Infak Sejadah.

Pertubuhan Khidmat Ummah (PKU) Kuala Muda dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua sejadah akan diserahkan secara berperingkat untuk manfaat pengguna-pengguna lebuh raya.

"Kempen Infak Sejadah yang dilancarkan awal Jun hingga Julai lalu berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM200,000 untuk perolehan sebanyak 5,000 sejadah yang akan diinfakkan sepenuhnya.

"Program ini menggunakan sebahagian daripada hasil kempen tersebut untuk diagihkan 284 surau di bawah pengurusan PLUS Malaysia Berhad," katanya.

Majlis Simbolik Penyerahan Infak Sejadah PKU Kuala Muda telah disempurnakan oleh pengerusinya, Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub di Hentian Rehat dan Rawat Bukit Gantang di sini pada Rabu.

Sebanyak 2,000 sejadah diinfak ke 284 surau di bawah pengurusan PLUS Malaysia Berhad pada Program Infak Sejadah oleh PKU Kuala Muda di Taiping. - Foto ihsan PKU
Sebanyak 2,000 sejadah diinfak ke 284 surau di bawah pengurusan PLUS Malaysia Berhad pada Program Infak Sejadah oleh PKU Kuala Muda di Taiping. - Foto ihsan PKU

Hadir sama, Pengurus Wilayah Utara, Mohd Kasim Ismail dan Timbalan Pengurus Kanan Komunikasi Korporat PLUS Malaysia Berhad, Mashitah Mohd Arshad.

Menurut kenyataan itu, PKU akan memperluaskan Program Infak Sejadah ke surau-surau di sepanjang Lebuh Raya Kuala Lumpur - Karak, Lebuh Raya Pantai Timur 1 dan stesen minyak terpilih.

Artikel Berkaitan:

"Program ini merupakan suatu usahasama antara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam usaha menjalin kerjasama strategik untuk kebajikan masyarakat.

Mohamad Wadi Annuar (tengah) hadir pada Majlis Simbolik Penyerahan Infak Sejadah PKU Kuala Muda di Hentian Rehat dan Rawat Bukit Gantang, Taiping. - Foto ihsan PKU
Mohamad Wadi Annuar (tengah) hadir pada Majlis Simbolik Penyerahan Infak Sejadah PKU Kuala Muda di Hentian Rehat dan Rawat Bukit Gantang, Taiping. - Foto ihsan PKU

"Pihak PKU berharap inisiatif Program Infak Sejadah ini dapat membantu memberi keselesaan kepada pengguna-pengguna lebuh raya di samping ganjaran pahala yang mengalir kepada para penginfak," katanya.

Pertubuhan Khidmat Ummah Kuala Muda merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan proses audit pada setiap tahun dan telah mendapat kelulusan pengecualian cukai.

Untuk sebarang sumbangan bagi aktiviti-aktiviti kebajikan boleh disalurkan ke akaun Pertubuhan 5520 5982 5987 (Maybank).