Tanah runtuh: Penduduk bergotong-royong baiki paip air tandak

Penduduk Kampung Lata Janggut bergotong royong membaiki paip air tandak (air tadahan bukit) yang terputus dan jatuh ke kawasan sungai akibat tanah runtuh di laluan masuk ke perkampungan tersebut Jumaat lepas, ketika tinjauan pada Ahad. - Foto Bernama

A
A
A

JELI - Kejadian tanah runtuh di Kampung Lata Jangggut Seberang di sini, Jumaat lepas bukan saja merosakkan jalan perhubungan di penempatan itu malah turut menjejaskan sumber ‘air tandak’ atau air tadahan bukit, buat keperluan kira-kira 210 penduduk.

Wakil penduduk Mohd Ayub Zakaria, 43, berkata, kejadian tanah runtuh itu menyebabkan paip air tandak terputus dan jatuh ke kawasan berhampiran sungai.

"Sejak kejadian Jumaat lepas tiada air di kampung ini, susulan itu kira-kira 40 penduduk hari ini bergotong-royong untuk menarik naik dan membaiki paip air tandak itu," katanya ketika ditemui Bernama, pada Ahad.

Kerja-kerja pembaikan itu dijangka dapat diselesaikan hari ini seterusnya bekalan air akan dapat dipulihkan semula untuk keperluan kira-kira 210 penduduk. - Foto Bernama
Kerja-kerja pembaikan itu dijangka dapat diselesaikan hari ini seterusnya bekalan air akan dapat dipulihkan semula untuk keperluan kira-kira 210 penduduk. - Foto Bernama

Beliau berkata, pihaknya menjangka kerja-kerja pembaikan itu akan dapat diselesaikan hari ini seterusnya bekalan air akan dapat dipulihkan semula.

Sementara itu, Penghulu Mukim Sungai Long, Wan Azman Wan Musa berkata, pihaknya telah mengagihkan tambahan bekalan makanan asas termasuk barangan basah kepada 43 ketua isi rumah di penempatan itu.

Beliau berkata, ia susulan penduduk masih tidak dapat keluar kerana terputus hubungan akibat kejadian tanah runtuh itu.

Artikel Berkaitan:

Penduduk bergotong-royong untuk menarik naik dan membaiki paip air tandak itu. - Foto Bernama
Penduduk bergotong-royong untuk menarik naik dan membaiki paip air tandak itu. - Foto Bernama

"Di Kampung Lata Jangggut Seberang ini ada kira-kira 210 mangsa daripada 43 keluarga, hari ini kita hantar lagi bekalan makanan seperti beras sebagai tambahan kepada bakul makanan yang telah dihantar semalam," katanya.

Semalam Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memaklumkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Jajahan Jeli akan membina laluan sementara di sebelah jalan yang runtuh itu bagi mengelakkan penduduk kampung terbabit terputus hubungan. - Bernama