Throwback 2023: Kes tumpuan di kamar mahkamah

Antara kes-kes yang menjadi tumpuan di kamar mahkamah sepanjang tahun 2023.
Antara kes-kes yang menjadi tumpuan di kamar mahkamah sepanjang tahun 2023.
A
A
A

BERIKUT antara kes-kes yang menjadi tumpuan di kamar mahkamah sepanjang tahun 2023.

3 MAC

Najib, Arul Kanda bebas kes ubah laporan

Najib (kiri) dan Arul Kanda.
Najib (kiri) dan Arul Kanda.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad, Arul Kanda Kandasamy daripada pertuduhan mengubah laporan akhir audit 1MDB bagi mengelakkan tindakan undang-undang.

BACA ARTIKEL PENUH:Pinda laporan audit 1MDB: Najib, Arul Kanda dibebaskan

11 APRIL

Basikal lajak: Kerani wanita dibebaskan

Artikel Berkaitan:

Mahkamah Rayuan di Putrajaya melepas dan membebaskan kerani, Sam Ke Ting atas kesalahan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja yang menunggang basikal lajak pada 2017.

BACA ARTIKEL PENUH:Ke Ting bebas tuduhan sebabkan kematian 8 remaja basikal lajak

14 JUN

Syamsul Yusof ceraikan Puteri Sarah

Pengarah filem Mat Kilau, Syamsul Yusof menceraikan isteri pertamanya, Puteri Sarah dengan talak satu buat kali kedua di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

BACA ARTIKEL PENUH:[VIDEO] 'Saya ceraikan awak, Puteri Sarah talak satu' - Syamsul Yusof

17 JULAI

Ismahalil Hamzah terlepas hukuman mati

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan bekas penyampai radio, Ismahalil Hamzah daripada satu tuduhan mengedar dadah jenis kanabis anggaran berat 374.6 gram, dua tahun lalu.

BACA ARTIKEL PENUH: [VIDEO] Bekas penyampai radio Ismahalil bebas, terlepas hukuman mati

18 JULAI

MB Kedah didakwa kes menghasut

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen Selayang atas dua pertuduhan menghasut dengan mengaitkan pelantikan MB Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah.

BACA ARTIKEL PENUH:Kronologi kes Sanusi atas tuduhan menghasut

15 OGOS

Muhyiddin dibebaskan

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas empat tuduhan menggunakan kedudukannya untuk rasuah berjumlah RM232.5 juta bagi parti itu.

BACA ARTIKEL PENUH:[VIDEO] Muhyiddin bebas 4 kes salah guna kuasa libat suapan RM232.5 juta

4 SEPTEMBER

Zahid lepas tanpa bebas 47 kes jenayah

DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram (AMLA) membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

BACA ARTIKEL PENUH:[VIDEO] Ahmad Zahid lepas tanpa bebas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah, AMLA

7 SEPTEMBER

Bung Moktar, Zizie Izette bebas kes rasuah RM2.8 juta

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan pasangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad masing-masing tiga tuduhan rasuah mencecah RM2.8 juta.

BACA ARTIKEL PENUH:[VIDEO] Bung Moktar, Zizie Izette lepas bebas kes rasuah RM2.8 juta

26 SEPTEMBER

Kemenangan Pas terbatal

Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membenarkan petisyen Barisan Nasional (BN) yang difailkan terhadap Che Alias, sekali gus membatalkan kemenangan yang dicapai Pas dalam PRU15 di Parlimen Kemaman.

BACA ARTIKEL PENUH:Kemenangan Che Alias di Parlimen Kemaman terbatal

2 NOVEMBER

Ramasamy kena bayar RM1.52 juta

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy membayar RM1.52 juta kepada penceramah dari India, Dr Zakir Naik dalam masa 30 hari.

BACA ARTIKEL PENUH:[VIDEO] Ramasamy kalah saman, bayar RM1.52 juta kepada Zakir Naik

16 NOVEMBER

Pembunuh Along Spoon selesai jalani hukuman

Bekas anggota polis, Mohd Ya’cob Demyati yang membunuh penyanyi kumpulan Spoon, Allahyarham Along selesai menjalani hukuman dan dibebaskan dari Penjara Kajang.

BACA ARTIKEL PENUH:Pembunuh Along Spoon bebas hari ini

17 November

Sharnaaz Ahmad bebas kes cederakan pengawal keselamatan

Pelakon, Sharnaaz Ahmad meluahkan rasa kesyukuran selepas Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, melepas dan membebaskannya daripada tuduhan mencederakan seorang pengawal keselamatan di sebuah kondominium, tahun lalu.

BACA ARTIKEL PENUH:Sharnaaz Ahmad dilepas bebas kes cedera ‘pak guard’

29 NOVEMBER

Yasin bebas kes dadah, diperintah ke Hospital Bahagia

Penyanyi nasyid dan komposer, Yasin Sulaiman dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor atas tiga kes dadah, namun diperintah ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk menjalani rawatan mentalnya.

BACA ARTIKEL PENUH:Kes dadah: Yasin bebas, dihantar ke Hospital Bahagia

7 DISEMBER

Bekas pekerja IT dipenjara 16 tahun

Bekas pekerja teknologi maklumat (IT), Yew Wei Liang yang melanggar sehingga menyebabkan kematian Syed Muhammad Danial Syed Syakir di Lebuh Raya Utara Selatan empat tahun lalu, dihukum penjara 16 tahun oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

BACA ARTIKEL PENUH:[VIDEO] Langgar Syed Danial: Bekas pekerja IT dipenjara 16 tahun