Throwback 2023: Jasa tetap terpahat dalam ingatan

Gambar dari kiri: Abd Rani Osman, Azlan Zainol, Salahuddin Ayub, Johari Harun, Chua Jui Meng
Gambar dari kiri: Abd Rani Osman, Azlan Zainol, Salahuddin Ayub, Johari Harun, Chua Jui Meng
A
A
A

TAHUN 2023 turut menyaksikan beberapa nama tokoh politik atau korporat pergi meninggalkan kita.

Walaupun tiada lagi di dunia, namun jasa yang telah disumbangkan dalam membangunkan negara tetap dihargai dan terpahat dalam ingatan.

12 JANUARI

Tan Sri Azlan Zainol

- Pengerusi Malaysia Building Society Bhd (MBSB) itu meninggal dunia pada usia 72 tahun. Allahyarham meninggal dunia pada jam 2.40 petang di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya, Selangor.

23 JANUARI

Dr Abd Rani Osman

- Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru dan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu meninggal dunia pada usia 65 tahun kira-kira jam 5 pagi di Hospital Banting, Selangor

Artikel Berkaitan:

8 MAC

Datuk Seri Syed Razak Syed Zain

- Bekas Menteri Besar Kedah itu meninggal dunia pada usia 79 tahun akibat masalah kesihatan di sebuah hospital swasta di Sungai Petani, Kedah.

5 APRIL

Tan Sri Onn Ismail

- Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor itu meninggal dunia pada usia 84 tahun di kediaman anaknya di Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang, Selangor pada jam 7.15 malam.

13 APRIL

Mohd Anuar Zakaria

- Bekas Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Anuar Zakaria dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

4 JULAI

Datuk Seri Ghapur Salleh

- Bekas Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh itu meninggal dunia ketika 80 tahun di Gleneagles Hospital Kota Kinabalu.

11 JULAI

Tan Sri Gnanalingam Gunanath Lingam

- Pengasas dan Pengerusi Westports Holdings Bhd itu meninggal dunia pada usia 78 tahun.

24 JULAI

Datuk Seri Salahuddin Ayub

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu dan Ahli Parlimen Pulai meninggal dunia ketika usia 61 tahun di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada jam 9.23 malam ketika masih dalam Unit Rawatan Rapi HSB.

Figura penting dalam masyarakat selepas menjadi pencetus kepada pelbagai Inisiatif Rahmah yang memberi banyak kelegaan kepada rakyat yang berdepan tekanan kos sara hidup.

16 OGOS

Datuk Ab Karim Sulaiman

- Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka meninggal dunia di kediamannya di Kampung Pulau, Masjid Tanah, Melaka akibat sakit tua.

17 OGOS

Datuk Seri Johari Harun

- Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang berusia 53 tahun itu merupakan antara 10 mangsa terkorban dalam nahas pesawat di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor.

9 SEPTEMBER

Datuk Seri Ambrose Blikau

Bekas menteri Sarawak, yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Katibas meninggal dunia pada jam 8.05 pagi di Pusat Rawatan Pakar Normah akibat jangkitan paru-paru.

15 SEPTEMBER

Datuk Dr Talib Zulpilip

- Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Jepak itu meninggal dunia pada usia 72 tahun selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Pusat Rawatan Pakar Normah akibat komplikasi buah pinggang dan beberapa penyakit lain.

21 OKTOBER

Datuk Zulkefly Mohamad Omar

- Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan meninggal dunia pada usia 59 tahun di Hospital Serdang, Selangor selepas dua hari dirawat di unit rawatan rapi (ICU) akibat komplikasi pelbagai masalah kesihatan dan perlu ditidurkan.

17 NOVEMBER

Datuk Seri Maglin Dennis D'Cruz

Presiden Parti Progresif Penduduk (MyPPP) meninggal dunia pada usia 67 tahun di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor.

3 DISEMBER

Datuk Chua Jui Meng

- Bekas Menteri Kesihatan meninggal dunia pada usia 80 tahun selepas mengalami serangan jantung dan menerima rawatan di hospital.

4 DISEMBER

Tan Sri Abang Abu Bakar

Bekas Menteri Pertahananmeninggal dunia pada jam 9.55 pagi di Institut Jantung Negara.

11 DISEMBER

Tan Sri Dr Chen Lip Keong

Individu ketujuh paling kaya di Malaysia yang merupakan pengasas dan ketua pegawai eksekutif kanan kumpulan NagaCorp dan Presiden Eksekutif FACB itu meninggal dunia pada usia 76 tahun.