Kes Nik Elin: Kerajaan Kelantan seru umat Islam bermunajat

Antara mereka yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Hududullah ke-18 Peringkat Negeri Kelantan 2023 di Kompleks Islam Darulnaim, Lundang di Kota Bharu pada Isnin.
Antara mereka yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Hududullah ke-18 Peringkat Negeri Kelantan 2023 di Kompleks Islam Darulnaim, Lundang di Kota Bharu pada Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan menyeru seluruh umat Islam di negara ini supaya bermunajat bagi memberikan kemenangan kepada undang-undang syariah yang sedang dicabar oleh Nik Elin Zurina supaya tidak diluluskan.

Ia susulan, Mahkamah Persekutuan menetapkan 20 November ini bagi menyambung semula pendengaran petisyen peguam tersebut.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, selain itu semua jabatan kerajaan sama ada negeri atau Persekutuan perlu memberikan sokongan bagi memastikan undang-undang syariah terus kekal subur di negeri ini.

"Semua umat Islam bertanggungjawab berkait dengan perkara ini dalam meningkatkan kualiti iman, kebaikan, mencegah kemungkaran dengan cara masing-masing.

Mohd Nassuruddin (kanan) beramah mesra dengan mereka yang hadir menjayakan Majlis Sambutan Hari Hududullah ke-18 Peringkat Negeri Kelantan 2023 di Kompleks Islam Darulnaim, Lundang di Kota Bharu pada Isnin.
Mohd Nassuruddin (kanan) beramah mesra dengan mereka yang hadir menjayakan Majlis Sambutan Hari Hududullah ke-18 Peringkat Negeri Kelantan 2023 di Kompleks Islam Darulnaim, Lundang di Kota Bharu pada Isnin.



"Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang menyokong segala usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan Kelantan dalam mempertingkatkan syiar Islam di bumi ini," katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian di Majlis Sambutan Hari Hududullah ke-18 Peringkat Negeri Kelantan 2023 di Kompleks Islam Darulnaim, Lundang di sini pada Isnin.

Menurut beliau, sambutan hari hududullah yang diadakan pada tahun ini merupakan medium yang terbaik bertujuan mendidik serta mengajak masyarakat lebih cakna kepada undang-undang syariah dan menolak budaya yang bercanggah serta memberikan pendedahan Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1 (2019) Negeri Kelantan yang telah mula digunakan pada 1 November 2021.

Haris Ismail (Pu Riz) (kanan) menerima cenderahati daripada Mohd Nassuruddin (tengah).
Haris Ismail (Pu Riz) (kanan) menerima cenderahati daripada Mohd Nassuruddin (tengah).

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, hasrat kerajaan Kelantan terhadap sambutan hududullah pada tahun ini sangat besar bagi membuktikan kesungguhan kerajaan negeri di bawah slogan 'Membangun Bersama Islam' yang telah mencapai lebih tiga dekad sentiasa teguh dan utuh memperjuangkan pelaksanaan undang-undang syariah.

Mohd Nassuruddin memberitahu, perkembangan teknologi terkini dan penyebaran maklumat yang pantas memberikan satu cabaran dalam pelaksanaan undang-undang syariah.

Tambahnya, terutama tugas-tugas yang perlu dilaksanakan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang- undang Syariah menjadi lebih sukar bagi memastikan masyarakat sentiasa mematuhinya.

"Oleh yang demikian, tanpa kefahaman dan sokongan dari semua pihak kejayaan tidak akan dapat dikecapi sekiranya konsep amar makruf nahi mungkar tidak dihayati.

"Marilah sama-sama kita menjadikan sambutan pada hari ini sebagai satu semangat dan nafas segar sebagai pedoman dan pencegahan dalam kalangan umat Islam ke arah mewujudkan sebuah masyarakat yang bertaqwa," katanya.