Ramai terlepas pandang nasib pengamal media - AIM

Zawahir (tiga dari kiri) dan Zafri (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada bekas pengamal media di Kelantan pada Jelajah Kasih Ramadan IAM dan Etiqa Takaful yang diadakan di Masjid Mukim Sungai Long, Batu Melintang, Jeli pada Jumaat.Foto Sinar Harian/Hazelen Liana Kamarudin
Zawahir (tiga dari kiri) dan Zafri (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada bekas pengamal media di Kelantan pada Jelajah Kasih Ramadan IAM dan Etiqa Takaful yang diadakan di Masjid Mukim Sungai Long, Batu Melintang, Jeli pada Jumaat.Foto Sinar Harian/Hazelen Liana Kamarudin
A
A
A

JELI - Ramai pihak dan agensi sering terlepas pandang nasib pengamal media di negara ini terutama dalam aspek kebajikan serta bantuan.

Presiden Islamic Aid Malaysia (IAM), Zawahir Abdullah berkata, mengambil tindakan daripada perkara tersebut pihaknya dengan kerjasama Etiqa Takaful buat julung kalinya melibatkan media dari seluruh negara sempena Program Jelajah Kemanusiaan bertemakan 'Kasih Ramadan' pada tahun ini.

"Seramai 20 pengamal dan bekas pengamal media di seluruh negara telah dipilih untuk menerima sumbangan berbentuk wang tunai dan barangan makanan.

"Enam daripadanya adalah di Kelantan. Selain menjalankan tugas hakiki melaporkan berita dan menerima gaji serta bayaran mereka (media) juga turut dibebani dengan kos sara hidup tinggi," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Jelajah Kasih Ramadan IAM dan Etiqa Takaful yang diadakan di Masjid Mukim Sungai Long, Batu Melintang di sini pada Jumaat.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Etiqa Family Takaful Berhad, Zafri Ab Halim.

Menurut beliau, terutamanya yang tinggal di bandar, mempunyai anak ramai serta diuji dengan pelbagai penyakit.

Ujarnya, dengan perhatian itu diharap dapat meringankan beban mereka dalam menyambut Ramadan tidak lama lagi.

"Tahun ini mungkin sejumlah 20 penerima sahaja dan mungkin tahun hadapan ia akan bertambah," katanya.

Sementara itu, bekas pemberita sambilan Harian Metro dan Harakah, Ramli Hussin, 63, meluahkan rasa syukur dengan bantuan yang dihulurkan oleh AIM serta Etiqa Takaful.

Artikel Berkaitan:

"Sumbangan ini amat membantu sekali gus membolehkan saya membuat persiapan menyambut Ramadan kurang seminggu lagi.

"Terima kasih atas sumbangan, ia secara tidak langsung menghargai sumbangan bekas-bekas pengamal media yang pernah berbakti sebelum ini," ujarnya.

Ringkasan AI

  • Ramai pihak terlepas pandang nasib pengamal media di Malaysia dalam aspek kebajian
  • Islamic Aid Malaysia dan Etiqa Takaful menyumbang kepada 20 pengamal dan bekas pengamal media
  • Enam penerima adalah dari Kelantan
  • Bantuan bertujuan meringankan beban menjelang Ramadan
  • Bantuan diterima dengan syukur oleh bekas pemberita, membantu persiapan menyambut Ramadan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!