Rumah percutian jadi pusat panggilan scammer

Seramai 97 individu termasuk 30 wanita ditahan dalam serbuan di sebuah rumah percutian di Pulau Pangkor pada Selasa lalu. - Gambar hiasan
Seramai 97 individu termasuk 30 wanita ditahan dalam serbuan di sebuah rumah percutian di Pulau Pangkor pada Selasa lalu. - Gambar hiasan
A
A
A

LUMUT - Polis Perak berjaya menumpaskan sindiket pelaburan tidak wujud dengan menyerbu sebuah rumah percutian yang disyaki dijadikan pusat panggilan penipuan di Pulau Pangkor, Selasa lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, serbuan pasukan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung menahan 97 individu termasuk 30 wanita.

"Kesemua suspek berusia 20 hingga 47 tahun itu terdiri daripada 65 lelaki dan 29 wanita warga Vietnam dan sepasang warga China.

"Turut ditahan seorang lelaki warga tempatan berusia 24 tahun. Kesemua suspek disyaki terlibat dalam sindiket pelaburan tidak wujud," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Menurut beliau, siasatan lanjut masih diteruskan berikutan sebahagian warga asing yang ditahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

"Polis turut merampas tiga komputer riba, 120 telefon bimbit, dua modem, buku nota dan wang tunai berjumlah RM51,254.

"Kejayaan ini merupakan hasil kerjasama orang ramai yang menyalurkan maklumat mengenai aktiviti yang mencurigakan," katanya.

Mohd Yusri berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: