Rumah agam mewah jadi pusat tahfiz, bakti Syeikh Nordin kepada kerja dakwah

Rumah agam itu dijadikan sebagai pusat tahfiz dan sekolah agama untuk penduduk kampung.
Rumah agam itu dijadikan sebagai pusat tahfiz dan sekolah agama untuk penduduk kampung.
A
A
A

BAPA mentua kepada MK K-Clique, Datuk Seri Dr Syeikh Nordin Sheikh Ahmad dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada malam tadi.

Pemergian Allahyarham yang juga suami kepada pelakon Noniswara itu disahkan oleh aktres berkenaan menerusi IG Story miliknya.

Noniswara, 54, berkata, jenazah suaminya akan dimandikan dan disembahyangkan di masjid Mustaqim, Ampang Selangor pukul 8.30 pagi Isnin sebelum dibawa ke kampung halaman di Kuala Krau, Temerloh, Pahang untuk urusan pengebumian.

Bagi yang tidak mengenali beliau, Allahyarham adalah pemilik rumah agam "Dato' Syeikh Residences" yang terletak di Kg Batu Gading Kuala Krau, Temerloh.

Rumah agam itu dijadikan sebagai pusat tahfiz dan sekolah agama untuk penduduk kampung serta keluarga yang mahu anak-anak mereka mendalami ilmu agama Islam sebagai bekalan dunia akhirat.

Allahyarham adalah anak jati Kuala Krau yang banyak menyumbang kepada kerja-kerja dakwah termasuk pendidikan.

Menerusi perkongsian Syahril A. Kadir di akaun Facebook rasmi miliknya mengenai kisah Allahyarham yang membina rumah agam bernilai jutaan ringgit yang terletak di Temerloh untuk dijadikan pusat tahfiz.

Artikel Berkaitan:

Allahyarham adalah pemilik rumah agam
Allahyarham adalah pemilik rumah agam "Dato' Syeikh Residences" yg terletak di Kg Batu Gading Kuala Krau, Temerloh.

Tulisnya di platform tersebut;

“Kira-kira tiga bulan lalu saya menulis mengenai sebuah rumah agam jutaan ringgit dekat Temerloh yang dijadikan pusat tahfiz oleh pemiliknya Datuk Seri Dr Syeikh Nordin Sheikh Ahmad.

“Beliau yang juga bapa mentua kepada anggota kumpulan K-Clique, MK, begitu teruja menghubungi saya bila artikel saya itu viral di sana sini.

“Langsung beliau tidak menduga kisah rumah tahfiznya yang beliau kongsikan semasa kami berdua sedang makan malam beberapa hari sebelum itu mendapat perhatian yang luar biasa!

“Beberapa kali selepas itu beliau mahu berjumpa dengan saya, mau belanja saya makan etc.

“Setiap kali beliau WA mengenainya, saya hanya senyum sendiri. Ini kerana saya tahu beliau sangat sibuk dengan urusan kerjanya.

“Untuk itu pelawaan beliau selalunya saya balas ringkas sahaja: Baik Datuk, anytime...just ikut bila Datuk free saja, saya ok.

Allahyarham Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad.
Allahyarham Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad.

“Takdir menentukan, makan malam kami berdua tiga bulan lalu itu jugalah nampaknya kali terakhir kami bersama.

“Datuk Seri Dr Syeikh Nordin telah menghembuskan nafasnya yang terakhir malam tadi, ALLAH....

“Pada kesempatan ini marilah kita sama-sama berdoa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan diangkat darjatnya, diampunkan segala dosa dan silapnya.

“Semoga segala kebaikan dan pengorbanan beliau membelanjakan harta yang bukan sedikit untuk rumah tahfiz al-Quran beliau itu mendapat balasan syurga di akhirat nanti, Insya-ALLAH."