Pembongkaran penuh suspens, mencabar

A
A
A

KEJAYAAN Sinar Premium membongkar isu bilik sewa sangkar burung sehingga membawa kepada serbuan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta pasukan polis ke premis berkenaan di Taman Maluri pada Khamis, bukan satu kerja mudah.

Mengambil masa sehingga enam bulan, sejumlah tiga kru wartawan yang dipertanggungjawabkan membongkarkan kes berkenaan komited mencurahkan sepenuhnya tenaga dan keringat demi melunaskan tugasan mencabar ini.

Menelusuri detik awal pembongkaran bilik bersaiz liang lahad itu, satu gerak kerja diatur selepas kru kami mendapat maklumat tentang bilik sewa sempit dengan harga tidak masuk akal berkenaan.

Antara yang menjadi perhatian kami adalah keadaan sebuah premis rumah kedai yang diubah suai menjadi 38 bilik sewa kapsul berkeluasan sekitar 35 kaki persegi dengan kadar sewa RM300 sebulan.

1) April hingga September 2023 - Pengumpulan maklumat, tinjauan dan penyamaran


Menerusi carian laman sesawang Facebook, kami berjaya menemui iklan bilik sewa berkenaan dan terus menghubungi ejen premis itu bagi tujuan penyamaran dan keperluan merasai sendiri pengalaman menginap di situ.
Menerusi carian laman sesawang Facebook, kami berjaya menemui iklan bilik sewa berkenaan dan terus menghubungi ejen premis itu bagi tujuan penyamaran dan keperluan merasai sendiri pengalaman menginap di situ.

Pada peringkat awal pengumpulan maklumat, kami mengadakan perbincangan bersama dengan Ketua Pengarang Sinar Harian, Zamri Rambli berhubung idea pelaksanaan laporan khas bilik sewa sangkar burung.

Setelah idea tersebut dipersetujui pihak editorial, kami diarahkan untuk membuat tinjauan iklan dan lokasi kawasan premis bilik sewa berkenaan terlebih dahulu.

Artikel Berkaitan:

Menerusi carian laman sesawang Facebook, kami berjaya menemui iklan bilik sewa berkenaan dan terus menghubungi ejen premis itu bagi tujuan penyamaran dan keperluan merasai sendiri pengalaman menginap di situ.

Keesokan hari, wakil pengusaha bilik sewa berkenaan memberikan lokasi premis untuk membolehkan kami meninjau keadaan bilik sewa dan fasiliti disediakan.

Setibanya di lokasi premis, kami disambut oleh seorang lelaki berusia 50-an yang kemudiannya menunjukkan keadaan bilik sewa dari satu tingkat ke satu tingkat.

Sepanjang 'lawatan' berkenaan, kami amat terkejut dan berasa loya kerana kondisi premis itu sangat sempit, berbau busuk dengan keadaan di bawah tilam dipenuhi pepijat.


Selepas sepuluh hari pendedahan Sinar Harian berhubung bilik sewa sempit seperti sangkar burung di Lembah Klang, KPKT melalui JBPM, DBKL serta polis bertindak menyerbu premis tersebut pada Khamis.
Selepas sepuluh hari pendedahan Sinar Harian berhubung bilik sewa sempit seperti sangkar burung di Lembah Klang, KPKT melalui JBPM, DBKL serta polis bertindak menyerbu premis tersebut pada Khamis.

"Kadar sewa bagi satu bilik kapsul adalah RM300 sebulan tanpa deposit," kata wakil pengusaha bilik sewa berkenaan kepada kru Sinar Premium.

Demi merasai sendiri suasana dan pengalaman menginap bilik sewa sangkar burung berkenaan, kami akhirnya nekad untuk bermalam di sana selama 24 jam.

Berikutan itu, kami menghubungi wakil pengusaha premis berkenaan sekali lagi. Namun kali ini, kami merayu agar diberi peluang untuk mencuba menginap di bilik sewa sangkar burung berkenaan selama seminggu.

Pada mulanya, pengendali premis berkenaan tidak bersetuju. Namun setelah dipujuk oleh kru Sinar Premium, akhirnya dia mengalah dan membenarkan kami menyewa bagi tempoh seminggu dengan kadar RM200.

Selepas menandatangani kontrak perjanjian, kami dibenarkan untuk terus menginap di bilik sewa itu pada hari yang sama.

Salah seorang daripada kami akhirnya bersetuju untuk menyamar sebagai penyewa bilik berkenaan.


Kor Ming terpaksa menutup hidung akibat keadaan bilik sewa yang berbau busuk, sempit dan tidak bersih.
Kor Ming terpaksa menutup hidung akibat keadaan bilik sewa yang berbau busuk, sempit dan tidak bersih.

Dari saat itu, bermulalah pengalaman ‘ngeri’ kru kami menginap di sebuah bilik sewa sangkar burung yang menyesakkan dada.

Sepanjang malam, kru ditugaskan tidak dapat melelapkan mata kerana risau akan keselamatan dirinya selain berasa tidak selesa dengan keadaan yang seolah-olah terkurung di dalam sangkar.

Setelah semalaman merasai pengalaman menakutkan itu, kami bergegas pulang dan menyiapkan satu laporan khas bagi membongkar kisah kapitalis tamak yang langsung tidak mementingkan aspek keselamatan, keselesaan dan kesihatan penyewanya.

2) 10 Oktober 2023 - Pendedahan pertama bilik sewa sangkar burung

Sinar Harian menjadi akhbar pertama yang melaporkan pendedahan secara eksklusif dan menyeluruh tentang kes kewujudan bilik sewa sangkar burung berkenaan.

Bukan sekadar terbitan bercetak, laporan itu turut disiarkan bersama infografik dan video berdurasi lima minit untuk penonton merasai sendiri debaran berada di dalam bilik sewa sangkar burung.

3) 11 Oktober 2023 - Perhalusi garis panduan


Demi merasai sendiri suasana dan pengalaman menginap bilik sewa sangkar burung berkenaan, kami akhirnya membuat keputusan nekad untuk bermalam di sana selama 24 jam.
Demi merasai sendiri suasana dan pengalaman menginap bilik sewa sangkar burung berkenaan, kami akhirnya membuat keputusan nekad untuk bermalam di sana selama 24 jam.

Tidak hanya terhenti di situ, kami berjaya menghubungi Ketua Pengarah JBPM, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin dan wakil dari KPKT untuk memberi pandangan serta penjelasan lanjut tentang isu ini.

Katanya, garis panduan berhubung penguatkuasaan penambahan dinding dalaman dengan tujuan membuat bilik tidur baharu bagi pemilik dan penduduk bangunan strata di Kuala Lumpur bakal diumumkan kelak.

4) 15 Oktober 2023 - Perhatian media

Selepas lima hari pendedahan dibuat, KPKT memaklumkan bakal mengambil tindakan tegas terhadap pemilik premis yang menyediakan bilik sewa sangkar burung jika gagal mengubah kembali kepada bentuk asal premis berkenaan.

Sambil memegang akhbar Sinar Harian pada satu sidang media di Ipoh, Perak, menterinya, Nga Kor Ming menegaskan perkara itu amat serius kerana tindakan pengubahsuaian berkenaan mengundang risiko kesihatan mental dan bahaya keselamatan jika berlaku kebakaran.


Kor Ming (kiri) memegang akhbar Sinar Harian pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah bagi Projek Pembinaan Pasar Sementara Pasir Pinji di Padang Kilat, Pasir Pinji hari ini.
Kor Ming (kiri) memegang akhbar Sinar Harian pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah bagi Projek Pembinaan Pasar Sementara Pasir Pinji di Padang Kilat, Pasir Pinji hari ini.

5) 18 Oktober 2023 - Perbincangan sulit

Susulan pendedahan eksklusif Sinar Premium, kru kami dihubungi wakil KPKT bagi mendapatkan maklumat terperinci berkenaan lokasi serta kondisi sebenar bilik sewa sangkar burung berkenaan.

Hasil maklumat diberikan, pihak KPKT memberitahu satu pemeriksaan mengejut terhadap premis berkenaan akan diadakan pada keesokan harinya.

6) 19 Oktober 2023 - Serbuan menteri

Selepas 10 hari pendedahan Sinar Harian berhubung bilik sewa sempit seperti sangkar burung di Lembah Klang, KPKT melalui JBPM, DBKL serta polis bertindak menyerbu premis tersebut pada Khamis.

Serbuan diketuai Kor Ming bersama Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad itu dilakukan pada jam 1 petang bagi mengambil tindakan terhadap bangunan kedai yang didapati menyalahi undang-undang terbabit.

Pada jam 2 petang, Kor Ming mengadakan sidang akhbar di lokasi serbuan dan mengarahkan JBPM untuk mengeluarkan notis pengosongan dan perobohan premis diubah suai itu dalam tempoh tujuh hari.

Notis berkenaan dikeluarkan DBKL kerana pemilik didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 79 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.