Subsidi bersasar RON95 kini di fasa akhir

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (tengah) ketika sidang media mengenai setahun beliau menerajui kementerian berkenaan hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Muez Abd Aziz (kiri) dan Timbalan Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Badrul Hisham Mohd.- FOTO BERNAMA
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (tengah) ketika sidang media mengenai setahun beliau menerajui kementerian berkenaan hari ini. Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Muez Abd Aziz (kiri) dan Timbalan Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Badrul Hisham Mohd.- FOTO BERNAMA
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang dalam pelaksanaan fasa akhir merangka memo kepada jemaah menteri berhubung subsidi bersasar RON95.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, subsidi tersebut masih mementingkan golongan berpendapatan rendah atau B40 sebagai penerima manfaat di mana ia sebagai pelaksanaan tanggungjawab yang diberikan oleh kerajaan kepada kementerian itu.

Menurutnya, penyediaan memo bersama Kementerian Kewangan itu mengambil masa dalam tempoh seminggu ke dua minggu.

"Selesai sahaja kita akan bentangkan kepada jemaah menteri untuk dibincangkan dan sekiranya diberikan lampu hijau dan dipersetujui kita berhasrat melaksanakan pada tahun ini juga.

ARTIKEL BERKAITAN: Optimis laksana sistem subsidi petrol bersasar tahun ini

"Sejurus selepas mesyuarat jemaah menteri memberi kelulusan, kita akan laksanakannya. Ambil masa sekarang ini ialah untuk menyediakan kertas Kabinet. Membentangkan dan membahaskan itu tertakluk kepada penambahbaikan dan sumbang saran dari jemaah menteri.

"Jika semua berjalan lancar, kita boleh laksanakan seberapa segera. Lari sikit dari target sebab dulu kita target suku kedua iaitu berakhir 30 Jun," katanya pada Sidang Media Setahun KPDNHEP di sini hari ini.

Tambah Saifuddin, beliau turut menyenaraikan beberapa perkara yang diambil kira dalam fasa akhir tersebut antaranya data pengguna yang akan diguna pakai.

Selain itu katanya, faktor kewangan juga penting di mana kementerian akan mengira jumlah kos yang dibayar oleh Kementerian Kewangan setiap bulan.

Artikel Berkaitan:

"Kira-kira itu mesti mengambil kira implikasi kos dan kewangan. Seterusnya adalah strategi komunikasi melalui media untuk membantu rakyat supaya mereka yang tercicir (yang layak terima tapi tidak dapat) untuk dilaporkan kepada sekretariat.

"Pemilikan kenderaan juga akan diperincikan dalam kertas tersebut. Ia akan ambil sedikit masa untuk perbincangan," katanya.

Terdahulu, kerajaan optimis sistem subsidi petrol secara bersasar terutama kepada golongan berpendapatan rendah atau B40 dapat dilaksanakan pada tahun ini.