Pasangan kekasih, adik edar dadah ditahan polis

No Image Caption
A
A
A

IPOH - Sepasang kekasih bersama seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah jenis heroin di bandar raya ini ditahan dalam serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Asisten Komisioner R Ravi Chandran berkata, kesemua suspek berusia 28 hingga 35 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 10.45 pagi di sebuah rumah di Taman Rapat di sini.

"Hasil pemeriksaan berjaya menemui dadah berkenaan dengan anggaran berat 905 gram bernilai RM45,250. Turut disita sebuah kereta dan motosikal dianggarkan bernilai RM18,000.

"Siasatan lanjut mendapati pasangan kekasih berkenaan mempunyai rekod kesalahan lampau dalam kes dadah manakala adik lelaki kepada wanita terbabit tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, mereka direman sehingga Khamis ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Artikel Berkaitan: