Kolokium timbang tara himpun pakar undang-undang bincang kes Sulu

Azalina
Azalina
A
A
A
KUALA LUMPUR - Kolokium Timbang Tara Antarabangsa London anjuran Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri serta rakan kerjasamanya hari ini berjaya menghimpunkan pakar perundangan dan industi bagi membincangkan batasan timbang tara antarabangsa khususnya terhadap negara berdaulat seperti dalam kes Sulu yang membabitkan Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, persidangan itu telah meneliti isu teras yang timbul daripada kes berprofil tinggi serta membabitkan tuntutan berbilion dolar itu yang menyaksikan Malaysia baru-baru ini berjaya memperoleh penghakiman penting daripada Mahkamah Rayuan Paris dan Mahkamah Rayuan The Hague.

Beliau berkata, acara hari ini menampilkan beberapa siri perbincangan panel mengenai cabaran bidang kuasa dalam timbang tara pelaburan, kesan tuntutan pelaburan ke atas negara dan kedaulatan serta keutuhan wilayahnya dan peranan pembiayaan pihak ketiga untuk mendapat keadilan.

"Demi kepentingan Malaysia dan dasar yang sudah sekian lama menjadi pegangan negara iaitu menegakkan kesucian undang-undang antarabangsa serta timbang tara komersial antarabangsa.



"Kes Sulu telah dibincangkan semasa persidangan mengenai peranan pembiaya litigasi pihak ketiga dalam meneruskan tuntutan ke atas negara berdaulat," menurutnya dalam kenyataan pada Isnin.

Kolokium itu membawa bersama ilmu dan pengalaman rakan-rakan persidangan untuk menyampaikan penilaian akademik secara mendalam akan impak kes Sulu dan masa depan timbang tara antarabangsa yang melibatkan pelaburan asing dengan negara-negara berdaulat.
Artikel Berkaitan:


Kolokium Timbang Tara Antarabangsa London 2023: Kedaulatan Negara dan Kekebalan dalam Timbang Tara Komersial telah berlangsung di Pusat Resolusi Pertikaian Antarabangsa (IDRC), London semalam.

Turut menganjurkan kolokium itu ialah Kementerian Luar, Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC), Pusat Resolusi Pertikaian dan Timbang Tara SOAS University of London (SADRC) serta Pusat Resolusi Pertikaian Antarabangsa (IDRC). - Bernama