Hanya Jawatankuasa Fatwa boleh keluarkan fatwa di Johor

Mohd Fared. Kenyataan Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor.
Mohd Fared. Kenyataan Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebarang kenyataan yang memecah belah dan mengelirukan Bangsa Johor perlu dihentikan terutama melibatkan sebarang fatwa.

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata di Johor, fatwa hanya boleh ditetap dan diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa atas perintah Sultan Johor.

"Fatwa merupakan jawapan hukum bagi pelbagai situasi yang berlaku sama ada situasi yang sedia ada atau situasi baru. Sesuatu fatwa dinisbahkan atas apa-apa persoalan yang belum muktamad atau yang menimbulkan ketidaktentuan berhubungan dengan hukum Syarak.

"Fatwa boleh dibuat dan diputuskan sama ada ianya atas perintah Sultan Johor dan boleh atas kehendak Jawatankuasa Fatwa itu sendiri atau atas permintaan oleh mana-mana orang yang dibuat melalui surat yang dialamatkan kepada Mufti sepertimana digariskan di dalam Fasal 47 Enakmen," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Mohd Fared yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah berkata tiada mana-mana pihak yang layak mengeluarkan sebarang hukum dalam urusan beragama di negeri ini.

"Tiada sesiapa atau mana-mana pihak pun di Johor sama ada secara peribadi atau mewakili mana-mana pertubuhan, yang layak dan berhak serta berkuasa menetapkan, mengeluarkan,mengumumkan sebarang hukum di dalam urusan beragama, selain daripada menurut ketetapan sebagaimana Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 yang tersebut.

"Adalah dinasihatkan kepada semua pihak agar sentiasa menjaga adab dan perpaduan sesama umat Islam dan seluruh masyarakat di Johor.

"Agama Islam di Johor kekal dimartabat bahkan diimarahkan pensyariatannya dengan pengembangan dakwah serta syiar Islam yang berterusan di bawah naungan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada Sabtu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassan dalam ceramah Perdana di Pulai didakwa meletakkan hukum 'haram' bagi mereka yang mengundi Suhaizan Kaiat.

Muhyiddin mendakwa tindakan tidak mengundi Suhaizan itu perlu bagi menunjukkan bantahan dan kemarahan pengundi di Parlimen Pulai berikutan Kerajaan Perpaduan didakwa tidak membantu rakyat dalam kesusahan.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Fatwa' haram undi calon PH, Muhyiddin perlu taubat - Tok Mat

Undi calon PH haram: Zahid bidas 'fatwa' politik Muhyiddin

'Kamu siapa haramkan pengundi undi Suhaizan' - Anwar

Fatwa politik haram beri undi kepada saya tak wajar - Suhaizan

Tindakan hasut rakyat: Kerajaan Perpaduan tak akan bertolak ansur

Berkawan dengan Pas, Muhyiddin keluar fatwa haram - Mohamad Sabu

Polis buka kertas siasatan terhadap Muhyiddin isu 'fatwa' politik

Biar Majlis Fatwa Kebangsaan tentukan hukum Islam - Saarani

Ahmad Maslan minta Muhyiddin jangan permainkan agama

'Fatwa politik' timbulkan salah faham, cemarkan Islam - Mohd Na'im