[VIDEO] 'Kamu siapa haramkan pengundi undi Suhaizan' - Anwar

A
A
A

JOHOR BAHRU - Tindakan pembangkang yang berkempen secara melulu sehingga mengharamkan pengundi memilih calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai ditempelak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Pengerusi PH berkata, tindakan berkenaan bukan sahaja keterlaluan malah perlu dihentikan.

"Saya nak tanya yang sibuk nak halang kita (PH), nak halang Suhaizan menang, nak halang dua pertiga kerajaan buat apa.

"Ini jadi masalah. Macam disebut tadi undi orang ini haram, ini apa, kamu ini siapa. Tak boleh lagi ada dah begini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Mega Perpaduan Madani, di Taman Uda Utama, pada malam Ahad.

Hadir sama, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan calon Pakatan Harapan bagi Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim - Foto Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim - Foto Bernama

Sebelum itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan meletakkan haram hukumnya bagi mereka yang mengundi calon PH, Suhaizan Kayat, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai.

Artikel Berkaitan:

Muhyiddin dilaporkan mendakwa, tindakan tidak mengundi Suhaizan itu perlu bagi menunjukkan bantahan dan kemarahan pengundi di Parlimen Pulai berikutan Kerajaan Perpaduan tidak membantu rakyat dalam kesusahan.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Fatwa' haram undi calon PH, Muhyiddin perlu taubat - Tok Mat

Undi calon PH haram: Zahid bidas 'fatwa' politik Muhyiddin

'Kamu siapa haramkan pengundi undi Suhaizan' - Anwar

Fatwa politik haram beri undi kepada saya tak wajar - Suhaizan

Tindakan hasut rakyat: Kerajaan Perpaduan tak akan bertolak ansur

Berkawan dengan Pas, Muhyiddin keluar fatwa haram - Mohamad Sabu