Biar Majlis Fatwa Kebangsaan tentukan hukum Islam - Saarani

Saarani melawat ruang pameran sempena Program Aspirasi Geospastial Negeri Perak di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh pada Isnin.
Saarani melawat ruang pameran sempena Program Aspirasi Geospastial Negeri Perak di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh pada Isnin.
A
A
A

IPOH - Sebarang penentuan berkaitan hukum Islam hanya layak dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama seperti Majlis Fatwa Kebangsaan.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pemimpin politik tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan di luar pengetahuan khususnya berkaitan hukum Islam.

Menurutnya, isu berkaitan soal halal dan haram berkaitan sesuatu hukum hanya boleh putuskan Majlis Fatwa Kebangsaan dan bukan di pentas ceramah politik.

"Nasihat untuk diri saya dan semua, yang mana bukan bidang kuasa kita (berkaitan agama Islam), ada Majlis Fatwa Kebangsaan yang perlu dirujuk. Benda halal haram itu tak boleh keluar daripada mulut pemimpin politik.

"Kalau semua orang keluar (hukum) nanti ramai orang mengeluarkan pendapat berbeza tidak berasaskan ilmu. Sebab itu kita ada Majlis Fatwa kebangsaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Aspirasi Geospastial Negeri Perak di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Isnin.

Saarani berkata, pemimpin politik tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan yang menyebabkan orang celaru.

Pada 2 September lalu, Muhyiddin ketika berucap dalam kempen ceramah Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai di Nusa Bestari di Johor Bahru menyatakan haram hukumnya bagi mereka yang mengundi calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kaiat.

Beliau yang juga Presiden Bersatu berkata, cara itu dapat menentang kekuasaan kerajaan Pusat yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa gagal menangani isu ekonomi yang menghimpit rakyat ketika ini.

Artikel Berkaitan:

PRK Parlimen Pulai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Suhaizan yang ditentang calon PN, Zulkifli Jaafar dan calon Bebas, Samsudin Mohamad Fauzi.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Fatwa' haram undi calon PH, Muhyiddin perlu taubat - Tok Mat

Undi calon PH haram: Zahid bidas 'fatwa' politik Muhyiddin

'Kamu siapa haramkan pengundi undi Suhaizan' - Anwar

Fatwa politik haram beri undi kepada saya tak wajar - Suhaizan

Tindakan hasut rakyat: Kerajaan Perpaduan tak akan bertolak ansur

Berkawan dengan Pas, Muhyiddin keluar fatwa haram - Mohamad Sabu