Kes Zahid: Muda adakan mesyuarat tergempar - Syed Saddiq

Syed Saddiq - Foto Bernama
Syed Saddiq - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) akan mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan isu melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) atas 47 kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana milik Yayasan Akalbudi oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya tidak akan bertoleransi dan berdiam diri, sebaliknya berharap dapat mendengar pandangan daripada orang ramai berhubung isu berkenaan.

“Berdosa besar jika saya berdiam diri. Sebelum pilihan raya, kata tak akan jadi perdana menteri yang tunduk kepada perasuah.

“Lepas pilihan raya bukan sahaja tunduk dengan perasuah tetapi menormalisasikan rasuah. Mula dengan penangguhan kes selepas itu mohon gugurkan kes.

“Timbalan Pendakwa Raya ditukar pada saat-saat terakhir. Hari ini satu Malaysia dikejutkan dengan berita kesemua 47 pertuduhan rasuah Timbalan Perdana Menteri dilepaskan,” katanya dalam video hantaran di aplikasi X pada Isnin.

Terdahulu, pasukan pendakwaan mengemukakan 11 alasan menghentikan prosiding terhadap Ahmad Zahid. Ia termasuk surat representasi oleh Presiden UMNO itu yang menyatakan pertuduhan dibuat ke atasnya dilakukan secara terburu-buru.

Ahmad Zahid dibicarakan atas 47 pertuduhan iaitu lapan tuduhan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana Yayasan Akalbudi.

Dalam pada itu, Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, hakim atau pihak mahkamah tidak sepatutnya dipersalahkan berhubung kes tersebut berikutan keputusan membebaskan Presiden UMNO itu dilakukan oleh pihak pendakwaan.

Artikel Berkaitan:

“Sampai Yang Arif Hakim pun kata bazir masa dan duit rakyat. Puluhan saksi telah dipanggil, beribu muka surat dokumen-dokumen dikemukakan.

“Empat tahun perbicaraan tiba-tiba gugurkan kes pada saat yang terakhir. Dulu lawan rasuah, kini normalisasi rasuah.

"Muda akan adakan mesyuarat tergempar berkenaan isu ini. Kita tidak akan bertoleransi dengan perkara ini dan saya hendak dengar pandangan anda semua,” ulasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Zahid hadir prosiding 47 kes rasuah, pecah amanah, AMLA

Pendakwaan mahu hentikan prosiding kes terhadap Ahmad Zahid

[VIDEO] Ahmad Zahid lepas tanpa bebas 47 tuduhan rasuah, pecah amanah, AMLA

'Saya bersyukur dilepas tanpa bebas' - Ahmad Zahid

Bazir masa mahkamah, wang rakyat - Hakim

Tidak wujud persepsi negatif sistem perlembagaan negara - Peguam

11 alasan pasukan pendakwaan mohon kes Ahmad Zahid dihentikan

Kes Zahid: Pimpinan Kerajaan Perpaduan perlu nyatakan pendirian - Muda

Kes Zahid bukti wujud pendakwaan bermotif politik - UMNO Perak

ABIM gesa pengasingan kuasa pendakwa raya, Peguam Negara

Kerajaan hormati, tidak campur tangan kes mahkamah libat Zahid - Fadillah

Kebenaran akhirnya tertegak, memihak kepada Zahid - UMNO Kedah

Zahid tenang, Nurul Hidayah menangis

Ambiga tuntut beri penjelasan kes Ahmad Zahid

Latheefa Koya kritik pendakwaan henti prosiding Ahmad Zahid

Pembebasan Ahmad Zahid kukuh kembali imej UMNO - Ahmad Maslan

Kes Zahid: Tuan Ibrahim nafi keluar kenyataan

'Keputusan kes Zahid, satu kemunduran bagi gerakan rakyat’- Maria Chin

Kronologi kes Ahmad Zahid

Kes Zahid: Ujian ini ajar erti kesabaran, kesetiaan - Nurulhidayah

Kes Ahmad Zahid: UMNO Kelantan akan terus lawan fitnah musuh