Kenyataan haram undi calon PH hanya daya tarikan ucapan - Razali

Razali (tengah) ketika Majlis Sidang Media dan Penyerahan Penajaan Mount Tebu Climbathon Challenge (MTCC) 2023 di Wisma Darul Iman pada Isnin.
Razali (tengah) ketika Majlis Sidang Media dan Penyerahan Penajaan Mount Tebu Climbathon Challenge (MTCC) 2023 di Wisma Darul Iman pada Isnin.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Perkataan haram mengundi calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kaiat digunakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan bermaksud berdosa pada rakyat untuk mengundi calon terbabit.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris berkata, sebaliknya ia disifatkan sebagai pemberi semangat kepada pengundi serta daya tarikan dalam ucapan semasa ceramah berkenaan.

"Sebagai ahli politik dalam ucapan ini kadang-kadang ia perkara biasa sahaja dan bukan fatwa. Fatwa ini tertumpu pada majlis fatwa tetapi perkataan yang diungkapkan itu kadang-kadang untuk beri semangat pada pengundi sebagai satu daya tarikan dalam ucapan tersebut.

"Tak kata haram itu maksudnya berdosa untuk kamu (pengundi) mengundi. Saya tak jangka ke arah itu mungkin ayat tersebut lain (maksud berbeza) dan olahannya lain.

"Tetapi bagi saya itu adalah teknik kempen dia (Muhyiddin). Teknik kempen untuk menarik pengundi di Pulai atau di Simpang Jeram, Johor, dalam pilihan raya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sidang Media dan Penyerahan Penajaan Mount Tebu Climbathon Challenge (MTCC) 2023 di Wisma Darul Iman di sini pada Isnin.

Pada Ahad, satu rakaman video tular di media sosial menunjukkan Muhyiddin ketika berucap dalam satu ceramah sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai di Johor, mengeluarkan 'fatwa haram' mengundi calon PH, Suhaizan Kaiat.

Mengulas lanjut, Razali berkata, dalam konteks politik terdapat banyak bahasa mantik digunakan yang mana apabila seseorang tidak berada dalam ceramah tersebut berkemungkinan tidak faham.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, beliau berpandangan sekiranya berada dalam ceramah tersebut maka akan faham perkara yang disampaikan.

"Kadang-kadang petikan itu keluar haram sahaja. Apa maksud sebenarnya (tidak tahu) sebab saya tak ada dalam suasana tersebut," ulasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Fatwa' haram undi calon PH, Muhyiddin perlu taubat - Tok Mat

Undi calon PH haram: Zahid bidas 'fatwa' politik Muhyiddin

'Kamu siapa haramkan pengundi undi Suhaizan' - Anwar

Fatwa politik haram beri undi kepada saya tak wajar - Suhaizan

Tindakan hasut rakyat: Kerajaan Perpaduan tak akan bertolak ansur

Berkawan dengan Pas, Muhyiddin keluar fatwa haram - Mohamad Sabu

Polis buka kertas siasatan terhadap Muhyiddin isu 'fatwa' politik

Biar Majlis Fatwa Kebangsaan tentukan hukum Islam - Saarani

Ahmad Maslan minta Muhyiddin jangan permainkan agama

'Fatwa politik' timbulkan salah faham, cemarkan Islam - Mohd Na'im