‘Patah tumbuh, hilang berganti’ - Pengerusi Bersatu Kelantan

Kamarudin (duduk, tengah) ketika sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Bersatu Kelantan pada Sabtu.
Kamarudin (duduk, tengah) ketika sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Bersatu Kelantan pada Sabtu.
A
A
A

KOTA BHARU – Pemecatan 17 pemimpin oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) disifatkan tidak melemahkan parti itu.

Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, kekuatan parti bukan semata-mata bergantung kepada jumlah ahli atau wakil rakyat, sebaliknya bersandar kepada ahli yang kuat bekerja sehingga membawa kemenangan dalam pilihan raya.

“Lazimnya orang fikir parti kuat kerana bilangan yang ramai, tetapi di negara ini tidak ada mana-mana parti yang menang kerana undi daripada ahlinya sahaja, sebaliknya menang kerana mendapat undi daripada luar parti.

“Ya, jumlah ahli Parlimen berkurang, tetapi tidak mengubah keadaan. Bersatu masih kuat, patah tumbuh, hilang berganti, itu perkara biasa,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Bersatu Kelantan di Gelanggang Seni di sini pada Sabtu.

Beliau mengulas sama ada tindakan disiplin terhadap beberapa pemimpin kanan termasuk bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin akan menjejaskan kekuatan parti.

Pada Jumaat, Hamzah termasuk 17 pemimpin Bersatu dipecat keahlian mereka oleh Lembaga Disiplin parti itu.

Mengulas lanjut Kamarudin berkata, keputusan yang dibuat Lembaga Disiplin adalah berdasarkan peruntukan Perlembagaan parti selepas proses siasatan dan pendengaran dijalankan.

“Kami mempertahankan Lembaga Disiplin sebagai badan bebas dan tidak boleh dipengaruhi. Majlis Pimpinan Tertinggi juga tidak campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh Lembaga Disiplin.

“Bahkan, Majlis Pimpinan Tertinggi juga sudah mengesahkan keputusan itu dalam satu mesyuarat hari ini. Ia bukan perkara biasa dilakukan, tetapi kali ini melibatkan tokoh kanan dalam parti,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Pemecatan 17 pemimpin Bersatu tidak melemahkan parti
  • Kekuatan parti bergantung kepada ahli yang bekerja keras, bukan jumlah ahli saja
  • Menang pilihan raya bergantung undi dari luar parti, bukan ahli sahaja
  • Pengerusi Bersatu Kelantan percaya Bersatu masih kuat walaupun jumlah ahli Parlimen berkurang
  • Lembaga Disiplin Bersatu mengambil keputusan pemecatan berdasarkan peruntukan Perlembagaan parti

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!