Perpaduan, kepelbagaian Malaysia tarik warga asing rai Hari Kebangsaan

Rakyat Malaysia bersorak gembira menyambut Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
Rakyat Malaysia bersorak gembira menyambut Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Kepelbagaian dan perpaduan unik rakyat Malaysia telah membangkitkan perasaan kagum dalam kalangan warga asing yang hadir menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan 2023 berlangsung di Dataran Putrajaya di sini hari ini.

Nathan Van Beers, 19, dari Belanda berkata, beliau banyak mendengar mengenai perayaan itu dan teruja untuk menyaksikan sendiri sambutan itu yang dapat mengimbau kenangan indah negaranya.

"Saya kagum melihat rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum boleh berkumpul dan meraikan sambutan ini bersama-sama.

"Saya amat teruja. Orang Malaysia sangat baik dan cantik, pakaian yang berwarna-warni, kereta dan semuanya adalah menyeronokkan... Saya suka dan saya lebih meminati kontinjen tentera dan formasi jet,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Berpakaian tradisional Melayu, pemuda Belanda itu yang ditemani dua rakannya, Leon Quist, 19, dan Luka Heijligers, 18, trio pelajar pertukaran Universiti Taylor itu mendapat perhatian warga tempatan untuk berswafoto dengan mereka.

Mengenai pemakaian baju Melayu, Beers berkata, mereka mahu menampilkan kelainan dan bergabung dengan masyarakat tempatan sambil merasai sendiri pengalaman terbaik menyambut Hari Kebangsaan ala Malaysia.

Bagi Le Hang Ling, 30, warga Vietnam berkata beliau tiba pada jam 5.30 pagi di Dataran Putrajaya dengan harapan untuk mendapatkan kedudukan terbaik.

"Saya membuat keputusan untuk datang ke sini hari ini bukan hanya untuk menyaksikan sambutan ini tetapi juga untuk melawat ibu kota pentadbiran Malaysia. Teruja melihat kepelbagaian dan budaya Malaysia yang berwarna-warni,” kata wanita itu.

Artikel Berkaitan:

Timbalan ketua misi Croatia, Ljiljana Vinkovic berkata, sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini merupakan pengalaman kali kedua baginya.

"Ia lebih menarik pada tahun ini. Persembahan yang sangat mengagumkan serta budaya yang indah dan pelbagai," kata wanita itu kepada Bernama.

Hadir dengan memakai batik untuk menyemarakkan lagi sambutan itu beliau berkata: "Ia adalah sangat istimewa bagi saya berpeluang untuk meraikan bersama rakyat Malaysia sambutan yang penuh bermakna ini."

Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka ke Malaysia, Panglima Udara Marshal Sumangala Dias berkata, beliau kagum dengan semangat perpaduan yang dipamerkan rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat bersama-sama meraikan sambutan itu.

Duta Algeria ke Malaysia Abdelhafid Bounour berkata, beliau berbesar hati dapat meraikan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang turut meraikan hari jadinya hari ini.

"Saya gembira dapat meraikan sambutan Hari Kebangsaan bersama rakyat Malaysia dan mendoakan semoga anda semua mencapai kemajuan dan kemakmuran,” katanya. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

Hari Kebangsaan: Agong, Permaisuri santuni rakyat pelbagai kaum

Hari Kebangsaan: Sanggup tidur di Dataran Putrajaya

Lompatan 'hari jadi' rentasi 66 motosikal 'pukau' Dataran Putrajaya

Hari Kebangsaan: Belanja RM1,000 tempah uniform khas untuk anak

Sambutan Hari Kebangsaan 2023 luar biasa - TPM

Steven Sim, Ahmad Maslan jual beli pantun sempena Hari Kebangsaan

Lebih 10,000 pengunjung meriahkan sambutan Merdeka di Terengganu

Sambutan Hari Kebangsaan: Penyatuan rakyat Pahang luar biasa

'Hayati erti sebenar kemerdekaan, subur kembali semangat patriotisme'

'Abang bas' bersengkang mata bantu jayakan sambutan Hari Kebangsaan

Sultan Nazrin berangkat rai sambutan Hari Kebangsaan di Perak

Hujan lebat tak halang 20,000 penduduk Kedah rai sambutan Merdeka

Perjuangan pemimpin terdahulu harus sentiasa diingati, dihargai - Fadillah

Bersama kekalkan kemerdekaan walau berbeza cita rasa nyanyian - Ahmad Zahid

PM zahir penghargaan buat semua terlibat Sambutan Hari Kebangsaan 2023