PM zahir penghargaan buat semua terlibat Sambutan Hari Kebangsaan 2023

Anwar beramah mesra dengan pengunjung yang hadir pada Sambutan Hari Kebangsaan ke-66 di Dataran Putrajaya pada Khamis. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
Anwar beramah mesra dengan pengunjung yang hadir pada Sambutan Hari Kebangsaan ke-66 di Dataran Putrajaya pada Khamis. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan buat semua yang terlibat dalam Sambutan Hari Kebangsaan 2023 termasuk mereka yang membanjiri Dataran Putrajaya hari ini.

Menerusi catatan di laman Facebook, Anwar berharap semangat merdeka rakyat itu akan terus diperkukuh dan tersemat jitu di setiap sanubari segenap lapisan masyarakat.

"Penghargaan saya buat semua yang membanjiri Dataran Putrajaya untuk sama-sama meraikan hari besar buat Malaysia dan kesatupaduan yang dipaculkan hari ini ternyata nilai Malaysia yang sebenar,” menurut catatan itu.

Menyifatkan sambutan kali ini cukup luar biasa, Perdana Menteri dalam catatan berbeza turut menghargai mereka yang terlibat dalam sesi perbarisan, pertunjukan udara dan persembahan sepanjang sambutan berkenaan.

"Semangat perpaduan seperti ini yang kita dambakan untuk Malaysia terus melangkah ke hadapan sebagai sebuah negara yang hebat. Hargailah kemerdekaan serta kedaulatan negara ini,” katanya.

Lebih 100,000 orang membanjiri Dataran Putrajaya bagi menyaksikan Sambutan Hari Kebangsaan 2023 yang melibatkan 17,262 peserta, 67 kontinjen, 36 kumpulan pancaragam, 534 aset darat dan aset udara serta 100 ekor haiwan dalam perkhidmatan.

Sambutan itu turut disiarkan dan diikuti jutaan rakyat Malaysia secara langsung melalui kaca televisyen dan laman media sosial serta diraikan secara serentak di seluruh negara bermula jam 7 pagi. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

Artikel Berkaitan:

Hari Kebangsaan: Agong, Permaisuri santuni rakyat pelbagai kaum

Hari Kebangsaan: Sanggup tidur di Dataran Putrajaya

Lompatan 'hari jadi' rentasi 66 motosikal 'pukau' Dataran Putrajaya

Hari Kebangsaan: Belanja RM1,000 tempah uniform khas untuk anak

Sambutan Hari Kebangsaan 2023 luar biasa - TPM

Steven Sim, Ahmad Maslan jual beli pantun sempena Hari Kebangsaan

Lebih 10,000 pengunjung meriahkan sambutan Merdeka di Terengganu

Sambutan Hari Kebangsaan: Penyatuan rakyat Pahang luar biasa

'Hayati erti sebenar kemerdekaan, subur kembali semangat patriotisme'

'Abang bas' bersengkang mata bantu jayakan sambutan Hari Kebangsaan

Sultan Nazrin berangkat rai sambutan Hari Kebangsaan di Perak

Hujan lebat tak halang 20,000 penduduk Kedah rai sambutan Merdeka

Perjuangan pemimpin terdahulu harus sentiasa diingati, dihargai - Fadillah

Bersama kekalkan kemerdekaan walau berbeza cita rasa nyanyian - Ahmad Zahid