Hari Kebangsaan: Agong, Permaisuri santuni rakyat pelbagai kaum

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyantuni rakyat pelbagai kaum semasa sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya.- Foto Bernama.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyantuni rakyat pelbagai kaum semasa sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya.- Foto Bernama.
A
A
A

PUTRAJAYA - Terkenal dengan sifat mesra rakyat, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menyantuni rakyat pelbagai kaum yang hadir pada sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya hari ini.

Baginda berdua dalam aksi spontan, luar daripada kebiasaan dan protokol, meluangkan masa kira-kira sejam beramah mesra, bersalaman dan mengambil swafoto dengan peserta perarakan dan pengunjung.

Pasangan diraja itu juga dilihat berpimpin tangan dan menyanyikan lagu Jalur Gemilang yang dimainkan di lokasi sambutan itu, ketika berjalan di pekarangan dataran.

Al-Sultan Abdullah turut dilihat mendukung seorang kanak-kanak lelaki dan Tunku Azizah pula memberi isyarat 'mini love', 'flying kiss' dan melambai kepada khalayak ramai.

Yang di-Pertuan Agong dalam aksi spontan, luar daripada kebiasaan dan protokol, meluangkan masa kira-kira sejam beramah mesra, bersalaman dan mengambil swafoto dengan peserta perarakan dan pengunjung.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyantuni rakyat pelbagai kaum semasa sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya.- Foto Bernama.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyantuni rakyat pelbagai kaum semasa sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya.- Foto Bernama.

Baginda berdua juga diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Jemaah Menteri.

Sementara itu, seorang pengunjung, Irmanira Mohd Isa, 42, ketika ditemui berkata perjalanan beliau dari Banting, Selangor pada 11 malam tadi untuk menyaksikan sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya tidak sia-sia apabila dapat bersalaman dan bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Artikel Berkaitan:

"Saya rasa teruja dan bangga apabila Agong dan Permaisuri sanggup jalan kaki dari Pentas Diraja ke arah kami dan bersalaman dengan ramai rakyat jelata," katanya.

Reaksi ceria Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat pulang selepas sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya hari ini. - Foto Bernama

Bagi seorang pelajar universiti, Muhammad Firdaus Redzuan, 21, pengalaman bersalaman dan beramah mesra dengan Seri Paduka berdua menjadikan sambutan tahun ini lebih bermakna dan meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Suri rumah Norazli Hasan, 45, yang datang bersama suami dan tiga anak pula berkata impiannya untuk berjumpa secara bersemuka dengan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong akhirnya tertunai hari ini selepas lebih 12 tahun menunggu peluang berkenaan.

"Memang berhasrat untuk berjumpa dengan baginda berdua tetapi tidak pernah ada peluang. Hari ini akhirnya tertunai juga impian apabila Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong bersalaman dengan kami anak-beranak," katanya yang menghadiri acara sambutan itu setiap tahun sejak 2010.

Bagi penjawat awam, Bazli Shah Osman, 38, dia tidak menyangka Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah akan menyapa pengunjung kerana kebiasaannya baginda berdua mengikut protokol majlis iaitu berangkat pulang sejurus majlis selesai.

"Inilah keperibadian baginda berdua yang mudah berinteraksi dengan rakyat. Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sempat berbual ringkas dan bertanyakan nama anak saya sambil menghulurkan gula-gula," kata bapa kepada tiga cahaya mata dari Kuala Kangsar, Perak itu. - Bernama.