Malaysia #QuranHour: PRNNK jelajah ajak umat cintai al-Quran

Peserta Malaysia #QuranHour membacakan ikrar Quran pada Malaysia #QuranHour peringkat negeri Kelantan di Masjid Muhammadi, Kota Bharu pada Rabu.
Peserta Malaysia #QuranHour membacakan ikrar Quran pada Malaysia #QuranHour peringkat negeri Kelantan di Masjid Muhammadi, Kota Bharu pada Rabu.
A
A
A

KOTA BHARU - Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan (PRNNK) akan turun padang dalam usaha mengajak lebih ramai umat Islam untuk membaca, memahami dan mengamalkan al-Quran di negeri ini.

Program akan dijalankan menerusi Konvoi Jelajah Pencinta Al-Quran bermula 9 September hingga 14 Oktober ini membabitkan daerah Bachok, Pasir Putih, Gua Musang, Tumpat, Pasir Mas, Machang, Kuala Krai, Tanah Merah, Jeli dan Kota Bharu.

Pengerusi PRNNK, Datuk Adnan Hashim berkata, sejak persatuan itu ditubuhkan pada tahun 2016, pelbagai program dan aktiviti berbentuk kesedaran, keinsafan, ilmu, tadabur, berkaitan kaedah berintraksi dengan al-Quran dilakukan untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Katanya, kesan dari itu banyak pertubuhan mengaji al-Quran (Rumah Ngaji) dibuka dan ramai yang menjadi ahli PRNNK serta banyak individu mula 'bercinta' dengan al-Quran.

“Ada lagi orang yang tidak membaca al-Quran, jika baca tetapi dicela oleh ALLAH kerana tidak berusaha untuk mengamalkan dan lebih parah, mereka yang baca serta faham tetapi tidak mengamalkannya. Antara kesan yang kita dapat lihat ialah mereka hidup tidak bahagia.

“Sehubungan itu, kami merancang untuk mengadakan konvoi bermotosikal dan berkereta sekitar 100 orang untuk menghasilkan keinsafan kepada masyarakat bahawa semua kena kembali kepada ALLAH menerusi baca, faham dan amal isi kandungan al-Quran,” katanya ketika berucap pada Malaysia #QuranHour peringkat negeri Kelantan di Masjid Muhammadi di sini pada Rabu.

Turut hadir merasmikan majlis, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Adnan berkata, jelajah akan melibatkan kawasan tumpuan orang ramai seperti di pasar tani, pasar malam, pusat beli-belah dan pantai.

Artikel Berkaitan:

Muhammad Qayyim Nizar (tiga dari kanan) bersama-sama membacakan tadabbur di Kota Bharu, Kelantan.
Muhammad Qayyim Nizar (tiga dari kanan) bersama-sama membacakan tadabbur di Kota Bharu, Kelantan.



Peserta jelajah akan memberikan syarahan ringkas dan penerangan berkaitan al-Quran selain turut akan menyampaikan bakul makanan.

Menurut beliau, program tersebut dijangka menelan belanja sekitar RM45,000 dan mengalu-alukan orang ramai untuk menyertainya atau memberikan sumbangan.

Katanya, mana-mana pihak yang ingin menyertai konvoi, mereka boleh segera mendaftarkan nama kepada urusetia atau menyumbang wang ke akaun Persatuan Rumah Ngaji Negeri Kelantan di akaun Maybank bernombor 553131020475.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Ketua Urusetia, Surena Mohd Nor di talian 019-9390693.

Sementara itu, Malaysia #QuranHour peringkat negeri Kelantan tersebut dihadiri lebih 1,000 peserta yang membacakan tadabbur sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 dengan membawa misi Surah Al-Fatihah, Al-Insan dan Al-Asr.

Kata Adnan, bertepatan dengan tema iaitu ‘Malaysia Berakhlak Mulia: Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar' yang menjadi penghubung kepada usaha melahirkan golongan muda berkemahiran dalam membina projek pembangunan negara sekali gus melahirkan pemimpin soleh.

Program turut disertai qari orang kurang upaya (OKU) penglihatan, Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, 25, yang dinobatkan sebagai juara kategori tilawah lelaki sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-63 1445H/2023 pada 25 Ogos lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:

Malaysia #QuranHour berlangsung hari ini

Malaysia #QuranHour: Orang ramai mula banjiri Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Malaysia#QuranHour: Jadikan al-Quran sebagai tonggak utama kehidupan

Malaysia #QuranHour medium generasi muda dekati al-Quran

Tidak pernah terlepas sertai program #QuranHour

Erma Fatima teruja sertai Malaysia #QuranHour kali pertama

20,000 peserta sertai Malaysia #QuranHour

Sokong penekanan agama dalam urusan pentadbiran

Malaysia #QuranHour platform terbaik tarik anak muda dekati al-Quran