Tidak pernah terlepas sertai program #QuranHour

Peserta Malaysia #QuranHour bergambar setelah selesai bertadabur Surah Al-Insan di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada Rabu.
Peserta Malaysia #QuranHour bergambar setelah selesai bertadabur Surah Al-Insan di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada Rabu.
A
A
A

ALOR SETAR - Hampir 70 peserta termasuk dari daerah Pendang menyertai Malaysia #QuranHour yang diadakan di Masjid Sultanah Bahiyah di sini pada Rabu.

Ahli Jawatankuasa Rumah Ngaji Kedah, Rosiah Ramli berkata, pemilihan surah pada tahun ini iaitu Surah Al-Insan memberi banyak manfaat kepada peserta.

"Ia mengingatkan kita mengenai permulaan kejadian manusia, peringatan azab api neraka dan lain-lain lagi," katanya ketika ditemui di sini pada Rabu.

Rosiah (empat dari kiri) bergambar bersama sebahagian peserta Malaysia #QuranHour di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada Rabu.
Rosiah (empat dari kiri) bergambar bersama sebahagian peserta Malaysia #QuranHour di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada Rabu.

Menurutnya, mereka tidak pernah terlepas menyertai program #QuranHour yang dianjurkan pada setiap tahun.

"Insya-ALLAH kalau diberi peluang untuk penganjuran pada tahun hadapan saya berhasrat menarik lebih ramai golongan belia.

"Ini supaya golongan muda juga dapat menghayati surah yang akan penganjur pilih kelak dan memberi mereka peluang untuk menghayati erti kehidupan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Artikel Berkaitan:

Malaysia #QuranHour berlangsung hari ini

Malaysia #QuranHour: Orang ramai mula banjiri Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Malaysia#QuranHour: Jadikan al-Quran sebagai tonggak utama kehidupan

Malaysia #QuranHour medium generasi muda dekati al-Quran

Tidak pernah terlepas sertai program #QuranHour

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!