Erma Fatima teruja sertai Malaysia #QuranHour kali pertama

Erma Fatima
Erma Fatima
A
A
A

PUTRAJAYA - Pengarah dan penerbit, Erma Fatima menzahirkan rasa teruja kerana dapat mengikuti program Malaysia #QuranHour buat pertama kalinya.

Erma berkata, walaupun program berlangsung selama sejam sahaja tetapi pengisian majlis begitu padat dengan ilmu.

“Masya-ALLAH, perkara yang boleh saya katakan adalah program ini pendek dan padat. Saya sama sekali tidak berasa rugi kerana pengisian program sangat bagus.

“Tidak mudah untuk kita mempelajari tiga surah dalam sesuatu masa,” katanya.

Beliau berkata demikian, sewaktu ditemui di program Malaysia #QuranHour yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Rabu.

Erma Fatima teruja dapat mendalami tiga surah yang ketengahkan pada Malaysia #QuranHour kali ke-9.
Erma Fatima teruja dapat mendalami tiga surah yang ketengahkan pada Malaysia #QuranHour kali ke-9.

Program berkenaan merupakan anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) yang mengadakan Malaysia #QuranHour kali ke-9, bertemakan "Malaysia Berakhlak Mulia: Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar" sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 dengan membawa misi Surah Al-Fatihah, Surah Al-Insan dan Surah Al-Asr.

Pada masa sama, Erma memberitahu, pemimpin baik adalah mereka yang memiliki akhlak mulia.

Artikel Berkaitan:

Katanya, untuk melahirkan khalifah yang memiliki ciri-ciri kepimpinan adalah melalui peranan ibu bapa yang mendedahkan ilmu agama kepada anak-anak sejak usia kecil lagi.

“Dalam memimpin sesebuah negara, kita tidak ada istilah berbalik kepada agama tetapi sudah menjadi tanggungjawab kita menerapkan nilai keagamaan sejak kecil.

“Bukan sudah tua baru nak cari agama. Kita tidak boleh menjadi penunggang agama untuk mendapatkan undi rakyat. Sebaliknya, agama harus bersama kita dari awal,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Malaysia #QuranHour berlangsung hari ini

Malaysia #QuranHour: Orang ramai mula banjiri Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Malaysia#QuranHour: Jadikan al-Quran sebagai tonggak utama kehidupan

Malaysia #QuranHour medium generasi muda dekati al-Quran

Tidak pernah terlepas sertai program #QuranHour