Sokong penekanan agama dalam urusan pentadbiran

Chee Heng atau lebih dikenali Uncle Kentang hadir sempena program Malaysia #QuranHour yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Rabu.
Chee Heng atau lebih dikenali Uncle Kentang hadir sempena program Malaysia #QuranHour yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Rabu.
A
A
A

PUTRAJAYA - Aktivis sosial, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang menyokong pemimpin politik untuk berbalik semula kepada ajaran agama dalam urusan pentadbiran di peringkat kerajaan mahupun negeri.

Beliau berkata, sekiranya pemimpin menjadikan agama sebagai panduan dalam mentadbir maka segala urusan negara berada di landasan betul.

“Tiada mana-mana agama yang mengajar umatnya untuk berbuat jahat, sebaliknya setiap agama itu dipenuhi dengan nilai-nilai murni yang boleh mendorong kepada pembentukan sahsiah baik.

“Kita perlu menerapkan nilai murni dan mengingati segala ajaran agama kerana tuhan menyayangi manusia yang memberi manfaat kepada orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu ditemui sempena program Malaysia #QuranHour yang berlangsung pada Rabu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Rabu.

Pada masa sama, Chee Heng turut berharap agar pemimpin pada masa kini menjadikan Khalifah Umar Abdul Aziz sebagai contoh dalam usaha mengurangkan golongan fakir dan miskin.

“Baginda hanya memerlukan tempoh dua tahun untuk mengeluarkan fakir, namun mengapa kita mengambil masa yang lama untuk menangani isu ini?

“Perkara itu yang perlu kita lihat semula. Adakah sebagai pemimpin, kita telah lalai?” soalnya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, beliau turut mengajak golongan bukan Islam untuk bersama-sama menyertai program Malaysia #QuranHour.

Katanya, tidak salah untuk meneliti, mempelajari isi kandungan al-Quran kerana ia mengandungi pengajaran ilmu hidup dan selepas mati.

Chee Heng turut memberitahu bahawa Islam merupakan agama yang mudah untuk didekati dan tidak kejam sepertimana yang digembar-gemburkan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Malaysia #QuranHour berlangsung hari ini

Malaysia #QuranHour: Orang ramai mula banjiri Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Malaysia#QuranHour: Jadikan al-Quran sebagai tonggak utama kehidupan

Malaysia #QuranHour medium generasi muda dekati al-Quran

Tidak pernah terlepas sertai program #QuranHour